Anda berada di : Utama > Filem > Syurga Cinta


36560 dilihat
Syurga Cinta
Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : MIG Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2009
Durasi : 89 min
Audio : Stereo
Format : 35mm


Pengarah
 
Penulis:
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Irham (Pelakon Utama)
:
Syuhada (Pelakon Utama)
:
Ikmal (Pelakon Pembantu)
:
Zainal (Pelakon Utama)
:
Alex (Pelakon Pembantu)
:
Tan Sri Zakaria (Pelakon Pembantu)
:
Puan Seri Mahani (Pelakon Pembantu)
:
Atuk Syuhada (Pelakon Pembantu)
:
Pak Imam (Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Tambahan)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengurus Produksi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Jurusolek Artis)
:
(Pereka Bunyi)
:
(Muzik)
:
(Penyelaras Produksi)
:
(Gaffer)
:
(Penyunting)
Penerbit:
:
(Penerbit)
Anugerah:
:
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Anugerah (Pencalonan):
:
Filem Terbaik
:
Pengarah Filem Terbaik
:
Pelakon Lelaki Terbaik
:
Lakon Layar Terbaik
:
Pelakon Harapan Wanita
:
Pelakon Wanita Terbaik
:
Cerita Asal Terbaik
 
Sinopsis:

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat. Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.

Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA.

 
Berita Terkini Lihat Semua
Artikel
09 Jun 2009:Santau Filem Seram Terbaru Mig
Keratan Akhbar
19 Januari 2010:Berita Harian:Bukan Lagi Suka-suka
07 Januari 2010:Harian Metro:15 Filem Untuk 2010
24 Disember 2009:Berita Harian:Skim Wajib Tayang Diperketatkan
03 Disember 2009:Utusan Malaysia:Saingan Sengit Aktres Terbaik
02 Disember 2009:Utusan Malaysia:Siapakah Yang Bergelar Terbaik
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Video Terkini
    
 
Komen Terkini

"x best sngt...nasib baik ade budak kecik nie..klaka ckit...hahahah"
Oleh abul86 pada 31 Ogos 2009


"bila laa aku dpat tgk citer nie..da laa kat sini xder cinema..sedey..."
Oleh elairvent pada 22 Mei 2009


"Suka bakat yang ada pada adik kecik tu. Anyway i like this movie. Satu pembaharuan. Tahniah bang Ahmad."
Oleh dygina7701 pada 08 April 2009


"i like it..."
Oleh chapiek pada 15 Mac 2009


"adui..lmanya nak tggu filem ni kluar ..thn dpn 2..huhu"
Oleh sissonatasyg pada 24 Julai 2008

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD