Anda berada di : Utama > Artis > Datuk Aziz Sattar

17960 dilihat
Datuk Aziz Sattar
Nama Penuh : Abdul Azez Bin Satta
Tempat Lahir : Surabaya, Indonesia
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Penyanyi, Penulis
Kemahiran : Berlakon, Menyanyi


Pengalaman

Aziz Sattar atau Abdul Azez bin Satta dilahirkan di Surabaya, Indonesia pada 8 Ogos 1925 (berdasarkan cacatan pada kad pengenalan). Aziz dibawa ke Singapura oleh bapa beliau ketika berumur tujuh atau lapan tahun. Di Singapura, Aziz bersekolah Melayu hingga Darjah Lima. Persekolahan beliau terhenti disebabkan oleh pecah Perang Dunia Kedua. Setelah meningkat dewasa, Aziz melakukan pelbagai kerja termasuklah menjadi pemandu kereta.

Beliau tidak pernah berasa malu untuk mencari rezeki yang halal biarpun terpaksa melakukan kerja kasar atau menjadi buruh.

Aziz mempunyai seorang kawan yang cukup rapat dan mesra dengan beliau. Kawan beliau itu ialah Sharif Dol yang bekerja di Studio Malay Film Productions (MFP). Melalui pertolongan Sharif Dol, Aziz memperoleh kerja sebagai pengalih suara (dubber) di MFP pada 1952.

Ketika mula-mula berlakon filem, Aziz Sattar menggunakan nama Aziz Jr. Kemudian, pengarah filem Jamil Sulong menukarkan nama tersebut kepada Aziz Sattar.

Pada tahun 1953, Aziz berpeluang berlakon dalam filem, Putus Harapan yang diarah oleh B. N. Rao. Watak beliau dalam filem tersebut ialah seorang guru sekolah. Pelakon penting dalam filem tersebut ialah P. Ramlee, Rokiah Jaafar dan Nordin Ahmad. Lakonan pertama Aziz berjaya membuktikan bahawa beliau seorang yang berbakat dalam bidang lakonan. Beliau menjadikan pelakon tetap di MFP dengan kontrak selama tiga tahun.

Filem, Arjuna diarahkan oleh V. Girimaji pada tahun 1954 memberi peluang kepada Aziz untuk memegang peranan yang besar. Dalam filem tersebut, Aziz memaparkan lakonan yang cemerlang di samping Ahmad Mahmud, Rokiah Jaafar dan S. Shansudin. Sungguhpun demikian, bakat beliau lebih terserlah sebagai pelawak atau dalam watak lucu. Oleh hal demikian, Aziz sentiasa mengisi watak lucu dalam setiap filem yang dilakonkan oleh beliau. Nama Aziz tersohor sebagai pelakon komedi. Aziz Sattar menjadi pasangan P. Ramlee dan S. Shamsudin dalam empat buah siri filem, Bujang Lapok iaitu Bujan Lapok (1957), Pendekar Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1961), dan Seniman Bujang Lapok (1961).

Aziz Sattar bukan sahaja memperlihatkan aksi lucu beliau dalam filem, malah dipertunjukan pentas dan persembahan di seluruh negara. Apabila MFP ditutup pada tahun 1967, Aziz mengorak langkah berpindah ke Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menyambung dunia perfileman Melayu yang hampir terputus.

Pada tahun 1975, Aziz bersama-sama M. Burhan dari Sabah, menubuhkan Sabah Film. Sabah Film telah menerbitkan filem pertamanya, Keluarga Si Comat yang diarahkan oleh Aziz. Aziz juga merupakan pelakon dan penulis skrip filem tersebut.

Selain Aziz, filem tersebut turut dilakonkan oleh S. Shamsudin, Ibrahim Pendek dan Junainah M. Amin.

Usaha Aziz Sattar bersama M. Borhan menubuhkan Sabah Film menjadi pencetus kepada kebangkitan era baharu perfileman Melayu yang berkembang hingga ke hari ini. Sumbangan Aziz Sattar yang besar dalam hal tersebut, tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua.

Selepas Keluarga Si Comat, Aziz terus mengarah filem. Kesemuannya filem bercorak komedi yang diterbitkan oleh Indera Film dan Nirwana Film.

Sehingga kini, Aziz Sattar masih aktif berlakon yang lebih tertumpu pada drama televisyen. Sementara, kerja-kerja pengarahan sudah jarring-jarang dilakukan oleh beliau disebabkan oleh faktor usia. Namun, Aziz masih bergiat dalam kerja-kerja kebajikan dan amal. Beliau pernah menjadi Bendahari Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan kini merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Karyawan Malaysia.

Aziz Sattar mendirikann rumah tangga dengan Siti Rumina Ahmad. Kandas dengan perkahwinan pertama, Aziz mendirikan rumah tangga dengan Dayang Sofia yang juga kandas. Pada 16 Disember 2006, Aziz mendirikan rumah tangga untuk kali ketiga dengan Hashimah.

Beliau telah dianugerahi darjah Panglima Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada 2 Jun 2007 bersemperna dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.



Lakonan
2010
:
  Kecoh Betul - (Pelakon Pembantu)
2009
:
  Duhai Si Pari-pari - (Pelakon Pembantu)
2009
:
  Momok The Movie - (Pelakon Utama)
2009
:
  Setem - (Pelakon Pembantu)
2007
:
  Anak Halal - (Artis Jemputan)
2007
:
  Budak Lapok - (Pelakon Utama)
2006
:
  Cicakman - (Pelakon Pembantu)
2005
:
  Pontianak Harum Sundal Malam 2 - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Pontianak Harum Sundal Malam - (Artis Jemputan)
2002
:
  Soalnya Siapa? - (Pelakon Tambahan)
1997
:
  Layar Lara - (Pelakon Pembantu)
1996
:
  Suami, Isteri Dan .....? - (Pelakon Pembantu)
1994
:
  Simfoni Kasih - (Pelakon Pembantu)
1993
:
  Abang 92 - (Pelakon Pembantu)
1993
:
  Tarik-Tarik - (Pelakon Utama)
1991
:
  Juara - (Pelakon Pembantu)
1990
:
  Adik - (Pelakon Pembantu)
1988
:
  Perawan Malam - (Pelakon Pembantu)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Pelakon Utama)
1981
:
  Da Di Du - (Pelakon Pembantu)
1981
:
  Penyamun Tarbus - (Pelakon Utama)
1979
:
  Prebet Lapok - (Pelakon Pembantu)
1975
:
  Keluarga Si Comat - (Pelakon Utama)
1964
:
  Mambang Moden - (Pelakon Pembantu)
1963
:
  Nasib Si Labu Labi - (Pelakon Pembantu)
1962
:
  Siti Muslihat - (Pelakon Pembantu)
1961
:
  Seniman Bujang Lapok - (Pelakon Utama)
1961
:
  Ali Baba Bujang Lapok - (Pelakon Utama)
1959
:
  Nujum Pak Belalang - (Pelakon Pembantu)
1959
:
  Pendekar Bujang Lapok - (Pelakon Utama)
1958
:
  Taufan - (Pelakon Pembantu)
1958
:
  Kaki Kuda - (Pelakon Utama)
1958
:
  Gergasi - (Pelakon Pembantu)
1957
:
  Bujang Lapok - (Pelakon Utama)
1956
:
  Hang Tuah - (Pelakon Pembantu)
1955
:
  Kipas Hikmat - (Pelakon Pembantu)
1953
:
  Putus Harapan - (Pelakon Tambahan)

krew Filem
2005
:
  Maaria - (Pengarah)
2004
:
  Father - (Pengarah)
1994
:
  Simfoni Kasih - (Lakon layar)
1994
:
  Simfoni Kasih - (Pengarah)
1994
:
  Simfoni Kasih - (Cerita Asal)
1990
:
  Adik - (Pengarah)
1990
:
  Adik - (Lakon layar)
1990
:
  O.K(Orang Kampung Otak Kimia) - (Pengarah)
1989
:
  Tak Kisahlah Beb - (Pengarah)
1989
:
  Tak Kisahlah Beb - (Lakon layar)
1989
:
  Tak Kisahlah Beb - (Penyunting)
1988
:
  Perawan Malam - (Pengarah)
1988
:
  Perawan Malam - (Cerita Asal)
1988
:
  Perawan Malam - (Lakon layar)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Penyunting)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Pengarah)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Cerita Asal)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Lakon layar)
1984
:
  Tujuh Biang Keladi - (Pengarah)
1984
:
  Tujuh Biang Keladi - (Lakon layar)
1984
:
  Tujuh Biang Keladi - (Penyunting)
1983
:
  Darah Satria - (Cerita Asal)
1983
:
  Darah Satria - (Lakon layar)
1982
:
  Kami - (Penerbit Eksekutif)
1982
:
  Sikit Punya Gila - (Penerbit Eksekutif)
1982
:
  Penentuan - (Pengarah)
1982
:
  Penentuan - (Lakon layar)
1981
:
  Setinggan - (Lakon layar)
1981
:
  Penyamun Tarbus - (Lakon layar)
1981
:
  Da Di Du - (Lakon layar)
1981
:
  Setinggan - (Pengarah Seni)
1981
:
  Penyamun Tarbus - (Pengarah Seni)
1981
:
  Da Di Du - (Pengarah Seni)
1981
:
  Setinggan - (Pengarah)
1981
:
  Penyamun Tarbus - (Pengarah)
1981
:
  Da Di Du - (Pengarah)
1981
:
  Setinggan - (Cerita Asal)
1981
:
  Penyamun Tarbus - (Cerita Asal)
1981
:
  Da Di Du - (Cerita Asal)
1979
:
  Si Badol - (Cerita Asal)
1979
:
  Prebet Lapok - (Lakon layar)
1979
:
  Prebet Lapok - (Pengarah)
1979
:
  Prebet Lapok - (Cerita Asal)
1979
:
  Si Badol - (Pengarah)
1975
:
  Keluarga Si Comat - (Pengarah)
1975
:
  Keluarga Si Comat - (Lakon layar)
1975
:
  Keluarga Si Comat - (Cerita Asal)

Anugerah (Pencalonan)
1994
:
  Festival Filem Malaysia ke 11 - Anugerah Veteran

Berita Terkini Lihat Semua
Artikel
23 Mac 2010:Seniman Agung Terus Dikenang
13 Februari 2010:Malam Bersama Bintang Dapat Sambutan Luar Dugaan
Keratan Akhbar
19 Julai 2010 Berita Harian : Seniman Hargai Jamil Sulong
13 Mei 2010 Berita Harian : Kecoh Betul!
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Komen Terkini

"selamat menyambut ulang tahun yg ke-84..smoga pak aziz sentiasa dlm keadaan sht walafiat hendaknya..sya akn sntiasa menyokong pak aziz..dr dlu hgga skrg..syg pak aziz.. "
Oleh sissonatasyg pada 08 Ogos 2008


"Masih hebat"
Oleh AK-47 pada 12 November 2007

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD