Anda berada di : Utama > Syarat-syarat dan Peraturan
Pendaftaran : Syarat-syarat dan Peraturan

Portal SinemaMalaysia.com.my disediakan oleh pihak kami - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Anda adalah pengguna dan pengunjung kepada portal ini dan bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang digariskan oleh pihak kami.

  • Pendaftaran adalah percuma dan FINAS menjamin kerahsiaan maklumat peribadi anda, terutamanya nama penuh, alamat dan juga alamat e-mel anda. Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi ini, melainkan sekiranya kami terikat di sisi undang-undang sama ada melalui sepina, waran atau lain-lain proses perundangan. Namun begitu, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya anda sendiri secara sukarela, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum di dalam portal SinemaMalaysia.com.my.
  • Segala isi kandungan yang disiarkan di dalam portal SinemaMalaysia.com.my, sama ada yang dapat diakses secara terus ataupun melalui pengenalan pengguna dan kata laluan khusus, adalah menjadi hakmilik SinemaMalaysia.com.my, melalui hakcipta yang dipegang oleh FINAS.
  • Pihak kami tidak membenarkan sebarang penyiaran semula dalam apa jua bentuk, sama ada elektronik, bercetak, dan sebagainya, tanpa kebenaran yang perlu dipohon secara bertulis daripada FINAS.
  • Segala sumbangan melalui borang elektronik, e-mel, pos, serahan dan lain-lain cara yang menunjukkan bahawa barang itu dikirimkan kepada pihak Sinema Malaysia.com.my adalah menjadi hakmilik FINAS. Sumbangan ini yang berbentuk mesej, artikel, komen, panduan, karya, gambar dan lain-lain yang boleh menjadi input kepada portal Sinema Malaysia.com.my juga akan menjadi hakmilik FINAS.
  • Tidak semua sumbangan daripada pengunjung portal ini akan dipaparkan di dalam SinemaMalaysia.com.my. Kami berhak untuk menyiarkan segala sumbangan yang difikirkan sesuai untuk tatapan para pengguna internet di seluruh dunia. Kami juga berhak menerbitkan semula sumbangan tersebut di dalam bentuk percetakan, bahan pengiklanan, ataupun diserahkan kepada pihak luar yang telah diberikan kebenaran bagi menjalankan aktiviti bagi pihak kami yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
  • Pengguna dan pengunjung portal SinemaMalaysia.com.my TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI menggunakan portal SinemaMalaysia.com.my sebagai platform untuk menjalankan aktiviti atau kegiatan yang tidak bermoral serta menyalahi peraturan dan undang-undang negara. Aktiviti tersebut, antaranya ialah menyentuh peribadi dan sensitiviti individu mahupun kelompok masyarakat, terutamanya Malaysia yang berbilang kaum, agama, kebudayaan dan cara hidup, menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perbuatan seperti mencuri masuk (hacking), (spamming), mengubah struktur fail dan kandungan serta menjalankan kegiatan perniagaan, pengiklanan tanpa keizinan rasmi daripada pihak penganjur portal SinemaMalaysia.com.my. Mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
  • Pihak FINAS berhak meminda syarat-syarat dan peraturan ini dari masa ke semasa sekiranya perlu tanpa sebarang notis untuk memelihara hak sebagai penyedia perkidmatan rasmi portal SinemaMalaysia.com.my dan juga sebagai mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Saya bersetuju dengan syarat di atas

Saya tidak bersetuju dengan syarat di atas

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD