Rakaman suara termasuk bunyi unik unggas dan kicauan burung dalam penggambaran itu beri keseronokan baru kepada keseluruhan anggota kru. Pengalaman hutan menyeronokkan kerana suasana menenangkan kerana bau hutan menyegarkan minda. "Tugas saya mengawasi dubbing dan menyelia rakaman suara pelakon. Saya perlu tegas dengan meminta semua kru tidak membuat sebarang bunyi sewaktu penggambaran dibuat.
"Ia bagi mendapatkan bunyi bersih melalui proses berkenaan. Ini kerana dialog serta tona setiap babak dan suara pelakon perlu memberikan kesan mantap dan jelas. "Pengarah audio dalam Ratu adalah filem ke-15 saya. Cabaran menarik kerana ada faktor tidak dapat dikawal terutamanya bunyi semula jadi makhluk hutan. Ia beri kesan tambahan kepada babak atau sesuatu rakaman filem," katanya Bai. Beliau lebih selesa bergelar pengarah audio profesional bebas walaupun sudah tujuh tahun bertugas bersama Razak. Sebelum ini, beliau pernah bertugas bersama beberapa syarikat produksi.
Antara audio filem pernah dikendalikan adalah Nana Tanjung 2, Akhirat, Momok The Movie dan terbaru, Madu 4. "Sepanjang proses dubbing suara dilakukan, banyak elemen baru dirakamkan. Bunyi hutan membuatkan saya mengagumi ciptaan Allah. Apapun, permukaan becak dan berlumpur akibat hujan membuatkan suasana mencabar. Kami sentiasa waspada memastikan peralatan sensitif tidak mudah rosak. "Penggunaan khemah kemestian bagi perlindungan termasuk kipas kecil bagi tujuan penyejukan peralatan. Penggambaran dua hari terakhir lebih mudah berbanding dua hari lebih awal.
"Bagi saya, pengetahuan audio dan latar muzik banyak membantu memudahkan tugas. Lagipun, penggambaran Ratu beri cabaran kepada semua terbabit. Terdapat ramai muka baru, pelakon pembantu berpengalaman, jadi ia jadi medan ujian. "Bagaimanapun, hingga setakat ini, saya berpuas hati dengan semua lokasi dan hasil audio dirakamkan kerana berjalan lancar mengikut perancangan selama 28 hingga 30 hari ditetapkan. Saya harap filem ini mendapat sambutan baik apabila ditayangkan dalam masa beberapa bulan lagi," kata Bai, anak kelahiran Shah Alam, Selangor.
Artikel Terkini