Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
![]() |
Azlee, Wahid dan Mazlan (dari kiri) tetap dengan lawak huru-hara mereka. |
SENARIO merupakan sebuah kumpulan lawak yang popular tahun 1995. Bakat mereka dicungkil menerusi program Sinaran terbitan TV3. Sejak itu, kumpulan Senario terus mengumpul peminat tersendiri apabila jenaka mereka diterima pada setiap lapisan usia.
Keistimewaan kumpulan ini adalah mempunyai pakej yang lengkap seperti bakat menyanyi, berlakon dan berlawak. Sambutan penonton kepada tujuh filem lakonan mereka seperti Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario, Senario Lang Buana, Senario XX, Senario Pemburu Emas Yamashita, Senario The Movie Episod 1 membuktikan kewujudan kumpulan itu masih relevan di kalangan masyarakat.
Kejayaan filem Senario The Movie Episod 1 yang mengutip RM4.5 juta ketika ditayangkan Oktober tahun lalu juga menjadi pengukur utama kesinambungan filem berkenaan, Senario The Movie Episod The Beach Boys yang ditayangkan bermula 19 November ini. Walaupun hampir semua filem lakonan Senario tidak mendapat kritikan memuaskan daripada sudut mutu tetapi sambutan penonton tetap hebat. Ini kerana hampir semua filem lakonan Senario mengekalkan karakter mereka seperti dalam program Senario di TV3.
Populariti Senario menjadi faktor utama kumpulan ini terus dipilih berlakon dan terpaksa pula mengekalkan judul Senario sebagai tarikan. Pengarah Senario The Movie Episod The Beach Boys, Ahmad Idham menafikan filem kali ini dibuat untuk mempersendakan penonton. Ia dibuat atas dasar menghiburkan dan tidak timbul persoalan lawak basi.“Senario adalah sebuah kumpulan yang sangat kreatif, huru-hara dan bising. Keunikan yang pada setiap ahli yang terlibat juga berupaya memperkukuhkan jenama Senario sehingga ke hari ini.
“Sekiranya ada pihak yang mengatakan Senario tidak mempunyai nilai intelektual dalam komedi mereka, itu tidak betul. Sebenarnya ia bergantung kepada apa yang dilihat mereka dalam filem tersebut. Ada banyak nilai hendak disampaikan seperti kasih sayang antara ayah dengan anak, persahabatan tiga sekawan dan bahaya dadah,” katanya.Katanya, jenama Senario tetap dikekalkan seperti mana watak Charlie Chaplin dan Mr. Beans. Dua watak itu tetap kukuh diingati biarpun sudah bertahun-tahun lamanya. Mereka juga kekal dengan lawak tersendiri biarkan kadang kala tidak masuk akal.
Ahmad Idham juga percaya, Senario The Movie Episod The Beach Boys dapat menarik kelompok penonton baru dengan pembawaan setiap karakter yang berlakon dalam filem berkenaan. Ia termasuk peminat pelakon pembantu yang meriuhkan filem berkenaan iaitu Nik Sayyidah, Maria Farida, Marsha, Datuk Jamali Shadat, Riezman dan Munir Phyne Ballerz.Setiap mereka mempunyai pengikut tersendiri dan tidak mustahil sekiranya filem mengisahkan kisah pengembaraan itu berjaya di pawagam.
“Saya mahu mengekalkan identiti Senario sebegini walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu. Sebab itu, saya juga berdepan dengan masalah untuk mengawal kreativiti Senario semasa penggambaran. Kunci utamanya adalah garis panduan. Tidak boleh merapu berlebihan. Itu juga yang membezakan watak Mazlan, Azlee dan Wahid dengan lakonan dalam filem-filem lain,” katanya.Senario The Movie Episod The Beach Boys menelan belanja RM1.3 juta dan menjalani penggambaran di Pulau Pangkor selama 18 hari sementara dua hari di Kuala Lumpur. Ia menitik beratkan susunan plot yang mudah difahami disampaikan secara santai kepada penonton.
Lagi-Lagi Senario
Senario Lagi
Senario Pemburu Emas Yamashita
Senario The Movie
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
Senario The Movie: Episode 1
Senario XX
Mek Siti
Maria Farida
Marsha Milan Londoh
Dato' Jamali Shadat
Munir (Phyne Ballerz)
Riezman Khuzaimi
Wahid Senario
Azlee Senario
Mazlan Pet Pet
Artikel Terkini