Astro CITRA (saluran 131) menutup tirai tahun ini dengan sesuatu menarik untuk seisi keluarga sepanjang Disember dan lebih istimewa lagi untuk anak-anak yang bercuti panjang sebelum penggal baru persekolahan bermula pada tahun depan. Sehubungan itu, Astro CITRA sudah menjadualkan tayangan filem blockbuster untuk mereka yang berhati muda. Disember bermula dengan Brainscan - Aku dan Topi Ajaib pada 6 Disember lalu jam 9 malam. Filem komedi arahan Ahmad Idham ini menceritakan tentang keberanian dan kenakalan seorang budak lelaki yang hidupnya menjadi kucar-kacir selepas dia menemui mesin yang boleh membaca fikiran. Barisan pelakon diketuai oleh Muhammad Eric Muhammad Fuzi dan Erin Malek.
Tayangan istimewa Astro CITRA pada ambang Tahun Baru pasti akan menaikkan bulu roma penonton. Filem Jangan Tegur, yang dijadualkan pada 31 Disember jam 9 malam, dibintangi oleh Nadia Mustafar sebagai mangsa kemalangan yang dihantui bayang-bayang makhluk jahat yang menakutkan. Filem seram ini turut dilakonkan oleh Ellie Suriati dan Pierre Andre, yang juga bertindak sebagai pengarah. Filem menarik lain termasuk XX Ray dan XX Ray 2, masing-masing disiarkan pada pada 13 dan 20 Disember, Terowongan Casablanca (12 Disember) dan Senario XX (27 Disember) untuk mengisi slot 9 malam.
Slot Karya Malaysia Astro Citra pada bulan Disember membawakan filem lakonan penyanyi dan pelakon superstar Erra Fazira, yang akan ditayangkan setiap Sabtu jam 9 malam, bermula dengan Sembilu pada 5 Disember, yang menceritakan cinta tiga segi seorang pemuda yang terperangkap antara cinta dan nafsu, diikuti susulannya, Sembilu 2. Filem Maria Mariana disiarkan pada 19 Disember, membawa kisah dua beradik dengan perwatakan yang jauh berbeza seperti langit dengan bumi, diikuti Maria Mariana 2 pada 26 Disember. Astro Citra juga akan menayangkan pelbagai drama istimewa antarabangsa untuk kanak-kanak dalam slot Cuti-Cuti Citra yang ke udara dari Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi sepanjang Disember ini.
Dunia Animasi Citra setiap Sabtu jam 10 pagi membawakan filem animasi antarabangsa terkini yang pasti membuat kanak-kanak melekat depan TV. Filem bahasa Inggeris A Venetian Rascal Goes to America dan Catcher-Cat City 2, sebuah filem Hungary dengan sari kata, adalah antara barisan filem menarik yang disediakan untuk slot ini. Superhero Asia kembali atas permintaan ramai setiap Ahad jam 10 pagi. Antara filem aksi yang dijadualkan termasuk Superior Ultraman & Brothers, Lastikman, Fantasticman dan Cicakman 2: Planet Hitam.
Astro CITRA yang berpangkalan di Malaysia, dilancarkan pada bulan Jun 2009, adalah saluran filem terulung yang memberi tumpuan khusus kepada tayangan filem Malaysia yang terbaik dan terkini, filem kegemaran sepanjang zaman, dan campuran filem Asia dan Antarabangsa, yang menjanjikan hiburan untuk seisi keluarga dengan sari kata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Ahmad Idham
Eric Fuzi
Erin Malek
Nadia Mustafar
Ellie Suriati
Pierre Andre
Erra Fazira
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
Jangan Pandang Belakang
Senario XX
XX Ray 2
XX-Ray
Sembilu 2
Mariana Mariana 2
Cicakman 2: Planet Hitam
Artikel Terkini