Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Utusan Malaysia
Keratan Akhbar
 

08 Mac 2009 : Utusan Malaysia

Sekadar Sebuah Filem
Untitled Document

Oleh SY MUSSADDAD MAHDI

Agak sukar untuk memberikan komen apabila selesai sahaja menonton buah tangan terbaru Bjarne Wong ini. Sayang You Can Dance merupakan sebuah filem yang memaparkan pelbagai tema yang kabur.

Selain Samuel Rizal dan Sharifah Amani sebagai teraju utama, ia turut dibantu Dafi, Ebi Kornelis, Carmen Soo, Alam, Smyth Wong Azim dan Dominique Chiu.

Mempertaruhkan nama-nama yang popular bukanlah satu perkara yang luar biasa. Mungkin inilah percaturan yang hendak dipertontonkan kepada khalayak atau mungkin juga sebagai daya penarik untuk penonton datang ke panggung.

Mengisahkan tentang Mia watak Sharifah Amani, seorang anak gadis lincah dan periang yang baru pulang ke Kuala Lumpur setelah tamat pelajaran di Singapura. Mia gemar menari tetapi hobinya itu mendapat tentangan dari ayahnya.

Di Kuala Lumpur, Mia rapat dengan sepupunya, Daniel lakonan Dafi yang telah memperkenalkannya dengan satu kumpulan penari bergelar DanceStarz. Mia kemudian jatuh hati dengan salah seorang ahli kumpulan tersebut bernama Remie watak Samuel Rizal.

Tanpa disedari teman baik Remie iaitu Robby lakonan Ebi yang telah jatuh hati kepada Mia. Kehadiran Mia menyebabkan hubungan persahabatan antara Remie dan Robby renggang.

Apabila Robby menarik diri daripada gelanggang cinta tiga segi itu untuk memberi peluang kepada Remie, Mia mulai sedar banyak lagi liku-liku cinta yang lebih besar yang menghalang cintanya dan Remie.

Halangan yang paling besar sudah tentu melibatkan status dan kehadiran Remie sebenarnya tidak disenangi oleh bapa Mia yang mahukannya memutuskan hubungan dengan Remie.

Pada waktu yang sama, Dance Starz pula bersedia untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan tarian yang bakal mengubah hidup mereka.

Jika melihatkan perjalanan cerita dan plot cerita agak berterabur mencacatkan jalan cerita. Mungkin juga pengarah Sayang You Can Dance ini mahu memaparkan kehebatan tarian dan cerita cinta sekali gus sehingga mengabaikan kelancaran cerita ini.

Jalinan babak demi babak yang tidak kemas sedikit merencatkan cerita dan membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang terjadi sebelumnya.

Unsur nyanyian yang terdapat dalam filem ini bagaikan sebuah filem muzikal. Paling mengesankan apabila lagu tema yang terlalu banyak melatari perjalanan cerita tanpa memberikan kesan kepada mood penonton.

Walaupun filem ini dianggap biasa sahaja, lakonan mantap daripada Amani dan Samuel Rizal wajar diberi pujian. Walaupun Samuel lebih banyak berbahasa Indonesia, tapi sekurang-kurangnya butir-butir perkataan yang keluar dari mulutnya masih boleh difahami.

Kali ini Amani tampil dengan kelainan dan menjadi lebih ayu berbanding dengan filem atau drama yang pernah dilakonkannya. Satu kelainan apabila melihatkan watak Mia yang lebih ayu dan memakai skrit dan bermain dengan emosi apabila cinta ditentang oleh bapanya.

Mungkinkah percaturan Bjarne Wong kali ini menjadi apabila mempertaruhkan kepelbagaian bahasa dalam filem ini? Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Indonesia dan loghat Sarawak dijalinkan bersama sehingga menimbulkan sedikit kekeliruan kepada penonton.

Lakonan kaku Ebi juga mencacatkan lagi filem tersebut. Walaupun ini filem pertama lakonannya yang ditayangkan dilayar perak, tetapi watak Robby langsung tidak meninggalkan kesan kepada penonton malah terus menjadi tanda tanya apakah sebenar karakter yang dibawa olehnya.

Bjarne Wong sebenarnya bukanlah satu nama yang asing dalam industri seni. Dia yang menerajui Hock Star Entertaiment Industry Berhad pernah menerbitkan filem The Legend Of The Red Curse dan Possessed sebelum ini.

Ini bermakna filem Sayang You Can Dance merupakan filem Melayu pertama bagi Bjarne Wong dan menggunakan khidmat kru daripada Hong Kong.

Profil Berkaitan

 Sayang You Can Dance    Bjarne Wong    Samuel Rizal    Sharifah Amani    Dafi    Ebi    Carmen Soo    Smyth Wong  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD