![]() |
Fauziah mengakui amat terkejut apabila diberitahu Fauziah Nawi bahawa trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama menjadi miliknya
KEHEBATAN empat pelakon ini ketika beraksi di kaca televisyen mahu pun di layar perak sememangnya tidak boleh disangkal. Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Zamarul Hisham, Normah Damanhuri dan pelakon muda, Que Haidar jarang menghampakan peminat dunia lakonan.
Sering kali memberikan lakonan berkesan, lalu tidak hairan mereka diangkat sebagai pemenang pada Anugerah Skrin (ASK 2008) yang lalu.
Kehadiran bakat baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan langsung tidak menggugat kewujudan pelakon lama apabila nama pelakon senior terus menyerlah sekali gus mengetepikan pelakon baru yang masih lagi sedang merangkak mencari arah masing-masing. Bagaimanapun, Que Haidar ternyata beruntung kerana berjaya menyerlah di kalangan berlian yang menyinar.
Keputusan Jumaat lalu sukar dijangka. Watak Leha yang dipegang Ogy menerusi drama Suara Saleha, mengangkat namanya untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama mengetepikan Sheila Rusly dan Jasmin Hamid, manakala Zamarul Hisham pula mendapat pengiktirafan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama hasil lakonan berkesannya dalam Ihsan.
Drama arahan Azman Yahya atau Jinggo, Tuhan Pun Tahu pun berjaya mengangkat nama Normah Damanhuri dan pasangannya Que Haidar untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik Drama.
![]() |
Mereka nyata cukup teruja dengan kemenangan malam itu. Lebih-lebih lagi bagi Ogy, Normah dan Zamarul yang sudah sekian lama tidak menjulang anugerah. Bukan tidak yakin kepada kemampuan sendiri, namun persaingan yang sengit menyebabkan mereka tidak berani meletakkan harapan yang tinggi.
Hampir 21 tahun tidak menggenggam trofi membuatkan Ogy tergamam apabila diberitahu oleh Fauziah Nawi mengenai kemenangannya. Beliau ketika dihubungi berkata cukup terkejut dengan keputusan pada malam itu.
“Kali terakhir saya menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik adalah pada 1987 untuk filem Puteri. Sejak itu, saya tidak pernah lagi menggenggam sebarang anugerah. Apabila Fauziah Nawi mengirimkan SMS kepada saya, darah saya berderau. Macam manalah saya tak terkejut kerana sudah tujuh tahun saya tidak berlakon, jadi apabila diumumkan menang tentunya saya terkejut.
“Bayangkan dalam usia 46 tahun saya menerima anugerah. Saya sendiri tak tahu yang nama saya dicalonkan dalam senarai Top 5, saya hanya tahu melalui akhbar saja. Apa pun saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pelakon lain yang menjayakan drama ini. Saya rasa mungkin kerana keikhlasan kami melayakkan drama ini dipilih sebagai Drama Terbaik.
![]() |
“Saya mendapat tawaran dari Ziela Jalil tetapi setelah melihat skrip, pada mulanya saya tolak. Tapi apabila dia panggil saya ke pejabatnya untuk berbincang dan ketika itu Fauziah Nawi, Raja Azura, Zamarul dan pengarahnya Murali ada bersama jadi kami berbincang untuk menghasilkan sebuah drama lain.
“Saya menolak pada awalnya kerana cerita yang pertama itu terlalu meleret-leret kesedihannya, saya tidak percaya Tuhan menurunkan dugaan yang melampau pada umatnya. Bagaimanapun, setelah kami mengolah cerita baru, Suara Saleha menjadi satu cerita yang bagus. Kemenangan ini tidak bermakna saya akan menerima semua tawaran lakonan selepas ini. Saya hanya akan menerima skrip yang dirasakan sesuai saja,” katanya.
INFO: Ogy
Ogy Ahmad Daud
Zamarul Hisham
Normah Damanhuri
Que Haidar
Sheila Rusly
Jasmin Hamid
Jinggo
Fauziah Nawi
Puteri
Ziela Jalil
Raja Azura
Murali Abdullah
Apa Kata Hati
Jogho