Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
![]() |
Lisa surihani dan Farid Kamil dalam I'm Not Single. |
SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan umat Islam hari ini, stesen televisyen tempatan menyajikan pelbagai filem dan rancangan menarik bagi menyemarakkan kemeriahan sepanjang Syawal.
Bermula Hari Raya pertama, TV2 menerusi Saluran Dunia Ria menghidangkan dua filem iaitu I'm Not Single pada pukul 2.30 petang. Filem arahan Pierre Andre ini mengisahkan Maya dan Adam yanng dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa mereka. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan Maya tiada alasan untuk membantah kerana ia wasiat terakhir arwah neneknya. Filem ini menampilkan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani yang dibantu Awal Ashaari, Intan Ladyana , Datuk Jalaluddin Hasan, Fadilah Mansor dan Hafidzuddin Fazil.
Filem Impak Maksima pula menyusul menerusi saluran yang sama pada pukul 9 malam menampilkan lakonan Awal Ashaari, Eizlan Yusof, Zul Huzaimy, Cat Farish, Opie Zami dan Dynas Mokhtar dengan mengetengahkan watak Ayie, penuntut universiti gemar berlumba kereta. Ayie sering ditegur oleh abangnya, Johari bekas pelumba profesional yang tidak mahu adiknya itu mengikut jejaknya. Kisah suka, duka dan penuh pengajaran mengakhiri filem ini.
Stesen TV3 juga tidak ketinggalan menampilkan filem Nana Tanjung 2 yang disiarkan pada pukul 3 petang ini. Ia mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Nana Kassim yang berubah apabila pelbagai cerita timbul mengenai hubungan anak perempuannya dengan bakal suami. Nana yang mendengar tohmahan jiran memutuskan untuk mengenakan syarat iaitu tidak membenarkan bakal menantu bertemu anak gadisnya sehingga majlis akad nikah dilangsungkan. Barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Jehan Miskin, Azean Irdawaty, Shaffii Jaafar.
Pada pukul 9 malam pula, jangan lupa untuk saksikan filem komedi romantik, Duyung menceritakan tentang Jimmy yang merupakan pencinta alam sekitar tinggal di perkampungan nelayan. Dia menghabiskan masa seharian mengutip sampah untuk memelihara kebersihan perkampungan tersebut dan percaya sekiranya persekitaran bersih, duyung akan muncul. Filem ini dibintangi Maya Karin, Saiful Apek, Yasmin Hani, Awie, Yassin Yahya.
Selain filem, pada hari raya pertama juga stesen-stesen televisyen tidak ketinggalan membawa penonton menyaksikan drama-drama menarik.Astro Ria berentap untuk menyediakan telefilem Habibi Mawi Aidilfitri lakonan Mawi bersama Kumpulan Sepah pada pukul 4 petang. Penonton boleh ikuti kisah Mawi dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halamannya dan pengalamannya berjumpa dengan rakan-rakan sepanjang perjalanannya.
Peminat drama TV2 juga jangan ketinggalan untuk menonton Serpihan Laungan Takbir pada pukul 12.30 tengah malam dengan barisan pelakon Ahmad Tarmimi Siregar, Vanida Imran, Syukur, Umie Nazira, Umie Aida, Fasha Sandha, Lian Julian dan Fahrin Ahmad. Ia mengisahkan pengorbanan seorang wanita, Siew Ling atau nama Islamnya Nur Fadillah yang yang diduga kesabarannya apabila suaminya berkahwin lain.
TV3 pula menampilkan drama Senario: Anak Raya, Raya Pertama yang ditayangkan pukul 11 malam. Ia mengisahkan Pak Habib yang kematian isteri ketika melahirkan anak sulungnya, Johan. Pak Habib membesarkan Johan dengan penuh kasih sayang dan sanggup berhutang dengan Saat bagi membiayai pengajian Johan di universiti. Lakonan hebat Azlee, Wahid, Mazlan, Ropi dan Siti Nurfazurina.
Istimewa Hari Raya keduaKemeriahan Syawal disusuli pada Hari Raya kedua dengan filem Cuci di TV2 pukul 9 malam. Ia mengisahkan empat pencuci tingkap berperwatakan berlainan iaitu Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie dan Hans Isaac. Mereka sanggup bekerja keras dan membuktikan rakyat Malaysia boleh membuat apa sahaja.Drama komedi Cili Padi Cili Kering boleh ditonton di TV3 yang mengisahkan Sue Sambal yang mengambil peluang untuk menjual sambal bilis ketika Ramadan. Namun perniagaannya disabotaj oleh musuhnya yang bertindak meniru perniagaannya. Saksikan lakonan Noorkhiriah, Nabila Huda, Munir, Norlia Ghani, Daniel Lee dan Adzrie Faiz.
I'm Not Single
Impak Maksima
Nana Tanjung 2
Duyung
CUCI
Pierre Andre
Awal Ashaari
Intan Ladyana
Hafidzuddin Fazil
Datuk Jalaluddin Hasan
Fadilah Mansor
Eizlan Yusof
Zul Huzaimy
Cat Farish
Opie Zami
Dynas Mokhtar
Waheeda
Saiful Apek
Fasha Sandha
Jehan Miskin
Azean Irdawaty
Shaffii Jaafar
Maya Karin
Awie
Yasmin Hani
Yassin Senario
Mawi
Datuk Ahmad Tamimi Siregar
Vanidah Imran
Fahrin Ahmad
Mazlan Pet Pet
Azlee Senario
Ropie
Afdlin Shauki
AC Mizal
Hans Isaac
Noorkhiriah
Norlia Ghani
Nabila
Munir (Phyne Ballerz)
Artikel Terkini