Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Berita Harian
Keratan Akhbar
 

12 Ogos 2008 : Berita Harian

Produser Akhirat Masih Cari Pelakon

Oleh Normah Becok

SELEPAS mendapat beberapa pencalonan pada Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) baru-baru ini, menerusi filem sulung Akhirat, nampaknya Sri Saheb Production lebih bersemangat untuk menghasilkan filem, demi menyemarakkan lagi industri filem tempatan.

Walaupun tidak menang pada festival itu, tetapi mereka semuanya tidak putus asa. Itulah juga semangat yang Cik Normah hendak tengok di kalangan penggiat seni filem Malaysia.

Cik Normah dengar cerita, Sri Saheb dan Merpati Entertainment kini sedang mencari pelakon baru untuk ditonjolkan dalam filem terbaru mereka. Kalau dulu, Akhirat dihasilkan dalam bentuk drama, kini filem yang akan diarahkan Ikhzal Azfarel dan S Baldev Singh itu muncul dalam bentuk komedi aksi pula.

Ketika mereka masih mencari pelakon utama wanita, pelakon utama lelaki sudah pun mereka temui. Nampaknya, sekali lagi rezeki menjadi milik Raja Lawak, Nabil Ahmad dan pelakon komedi terkenal, Yassin.

Bagi bakat baru yang teringin mencipta nama sebagai pelakon dan beraksi pula di samping dua pelawak popular, mereka boleh datang ke uji bakat yang diadakan di White Merpati Entertainment Sdn Bhd, 109 Taman Lawa Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Uji bakat diadakan selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Ogos ini, jam 10 pagi hingga 5 petang.

Mereka yang berasakan dirinya mempunyai penampilan dan personaliti menarik serta berbakat dalam lakonan, bolehlah membawa bersama-sama dua keping foto saiz 3R atau 4R berserta resume. Calon berminat juga boleh menghubungi Heree Hasrizal untuk keterangan lanjut di talian 03-62511025 atau 013-3086175.

 

Profil Berkaitan

 Akhirat    Ikhzal Ideris  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD