Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Kosmo
Keratan Akhbar
 

20 Disember 2009 : Kosmo

Ombak Besar Reanna

Reanna

SUDAH lali dengan pasang surut gelombang hiburan tempatan, sejak 2007 lalu, sinar mentari bagai menjadi milik Norliana Shamsudin yang juga dikenali sebagai Reanna.

Jika sebelum ini nasibnya terumbang-ambing saat awal masuk ke dunia hiburan sebagai penyanyi pada tahun 2004, kini saat profesion bertukar sebagai pelakon, Reanna tidak lagi asing. Namanya mula memuncak naik sewaktu menjadi pengarah wanita muda pertama yang mengarah filem pada tahun lalu. Reanna diberi kepercayaan mengarah filem Selamat Pagi Cinta yang dibintangi Que Haidar, Sharifah Amani dan bekas kekasihnya sendiri, Pierre Andre.

Sejak itu, tawaran berlakon filem dan drama datang silih berganti. Pernah terbabit dalam filem termasuk Tentang Bulan, Cinta Fotokopi dan Histeria, gadis berusia 25 tahun ini bakal muncul dengan sebuah filem baru, Aku Masih Dara. Memegang watak Aleesya, gadis kolej yang kelihatan liar tetapi masih memelihara mahkotanya, Reanna menerusi laman sosial Facebooknya memberitahu: "Inilah rezeki 2010 saya. Alhamdulillah."

Dalam masa yang sama, kelibat Reanna boleh dilihat menerusi drama-drama lakonannya seperti Jangan Tegur Lagi yang sedang ligat ditayangkan di TV3 pada setiap Khamis pukul 9 malam. Khidmatnya juga digunakan dalam drama popular Awan Dania 2 yang disiarkan Astro Ria pada setiap Isnin pukul 9 malam. Sedang sibuk menjalani penggambaran drama Nurin Qistina untuk terbitan RTM, gadis manis ini tidak melupakan masa depannya. Sebagai anak seni, dia tidak mahu kosong ilmu, justeru kini Reanna sedang mengambil Ijazah Perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Mempersetankan semua kritikan yang dilemparkan kepadanya, Reanna yang kukuh berdiri dalam industri, barangkali menjulang filosofi daripada Abraham Lincoln. Filosofi tersebut berbunyi: "Saya tak pernah membaca surat-surat cercaan yang ditujukan kepada saya. Tidak pernah membuka sampulnya, apatah lagi membalasnya. "Sebab jika saya menyibukkan diri untuk membaca cercaan tersebut, saya akan kehabisan waktu untuk berbuat sesuatu buat rakyatku."

Profil Berkaitan

 Histeria    Cinta Fotokopi    Tentang Bulan    Selamat Pagi Cinta    Pierre Andre    Sharifah Amani    Que Haidar    Reanna  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD