Oleh Norhadiani Baharom
Berita ini nyata melegakan pengarahnya, M. Jamil Zulkifli apatah lagi filem itu menjadi pertaruhan Jamil selepas hampir 10 tahun tidak mengarahkan filem. Sebelum ini, dia pernah mengarah dan menerbitkan filem Warna-Warna Hati, Tarik-Tarik, Termometer 3 dan Musuh Dalam Selimut.
Lantaran kejayaan Momok dibintangi Faizal AF4, Leez AF4, Mama Rina AF6, Nabil Raja Lawak, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ahmad, Ruminah Sidek dan Abon, Jamil merancang menghasilkan filem seterusnya, Momok Jangan Panggil Aku diikuti Somalia With Love.“Segala kritikan tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus berkarya. Malah ia membangkitkan lagi keinginan saya untuk menghasilkan filem yang lebih baik pada masa akan datang.“Bagi saya penting setiap kritikan itu di ambil kira kemudian dinilai kerana melalui maklum balas dari penonton, pengkritik termasuk pihak media juga dapat membantu seseorang pengarah menghasilkan filem yang baik.
“Justeru, selepas ini saya merancang untuk menghasilkan filem Momok Jangan Panggil Aku dan segala kelemahan yang terdapat menerusi MTM akan saya perbaiki dalam filem ini.“Selain itu, saya juga sedang menulis filem berjudul Somalia With Love. Kenapa saya pilih judul ini kerana kalau kita perhatikan ramai warga Afrika datang ke Malaysia dengan bermacam-macam agenda.“Ada yang kononnya melanjutkan pengajian dan ada juga dikaitkan dengan kegiatan sindiket,” katanya. Jamil ditemui di majlis penyampaian hadiah peraduan Momok The Movie merangkap Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Galaksi Seni Sdn Bhd dan Fusion Excel, turut menambah, sebagai pengarah yang bertanggungjawab sudah tentulah dia tidak akan mempolitikkan isu ini di dalam filemnya.
Sebaliknya, topik bakal diketengahkan lebih menjurus kepada cinta. Ini kerana berdasarkan pemerhatiannya ramai wanita bukan saja orang Melayu tetapi gadis Cina juga semakin berminat dengan lelaki kulit hitam.“Saya mahu mengenengahkan topik percintaan yang membabitkan pasangan kekasih yang berbeza latar belakang dan budaya.“Konsep filem ini belum difikirkan lagi tetapi saya berasa ia lebih mudah dan menghiburkan jika disampaikan dalam bentuk komedi. “Mengenai barisan pelakonnya, saya juga belum sempat memikirkan siapakah calon paling sesuai. Mungkin, saya akan meminta pandangan daripada pelayar blog untuk memberikan idea, pelakon mana yang mereka suka,” katanya.
M.Jamil
Faizal AF4
Nabil
Datuk Aziz Sattar
Sarimah
Ruminah Sidek
Abon
Momok The Movie
Tarik-Tarik
Warna-Warna Hati
Galaksi Seni Sdn. Bhd.
Galaksi Seni Sdn. Bhd.