Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Utusan Malaysia
Keratan Akhbar
 

20 Disember 2009 : Utusan Malaysia

Maya Karin Teruja

JOYAHSPOT!

pic tag

WAH! Nampaknya gabungan Maya Karin dengan Remy Ishak berterusan. Joyah dengar selepas ‘meletupkan’ Panggung Sari, Istana Budaya, Maya Karin bergandingan lagi dengan Remy Ishak.

Kali ini mereka bergandingan di layar perak pula. Bukan tak pernah bergandingan tapi kali ini mereka pegang watak utama. Mereka akan berlakon bersama dalam sebuah filem romantik komedi judulnya Cun, arahan Osman Ali . Khabarnya Maya teruja benar dengan projek kali ini. Bukan sahaja kerana sekali lagi dapat bersama Osman lagi selepas Anak Halal.

Dapat pula bergandingan lagi dengan Remy. Iyalah Joyah dengar memang sejak pementasan Natrah, mereka mulai rapat apalagi selepas insiden Remy dibelasah di bilik persalinan Istana Budaya. Joyah dengar Maya juga teruja kerana dah lama dia tunggu nak jayakan projek yang satu ini. Dia tak berani nak bersuara sebab asyik tertangguh sahaja. Tapi kini tidak lagi. Khabarnya mereka sudahpun mula menjalani penggambaran sejak Khamis lalu di Kedah.

Walaupun begitu Joyah difahamkan awal perancangan heronya ialah Farid Kamil. Tapi tak tahulah mengapa tak menjadi. Pada Joyah pemilihan Remy memang tepat pada masanya. Sebab dia pun bukan main meletup sekarang. Kiranya “hero Malaya” yang barulah katakan. Ada seorang kawan Joyah yang putih melepak lagi jelita dan peminat fanatik Remy dan Maya pun tak sabar nak tunggu lakonan mereka. Malah dengarnya dia teringin sangat berlakon dengan Remy. Masalahnya boleh ke kawan Joyah itu berlakon?

Profil Berkaitan

 Maya Karin    Remy Ishak    Osman Ali    Farid Kamil    Anak Halal  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD