Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Utusan Malaysia
Keratan Akhbar
 

07 September 2009 : Utusan Malaysia

Kegagalan Setem Tidak Patah Semangat Kabir

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

ANTARA adegan dalam filem Setem yang hanya mengaut kutipan tiket sebanyak RM1.5 juta sahaja.

SAYA tidak mampu menyembunyikan kekecewaan apabila filem Setem tidak meraih kejayaan seperti yang diharapkan. “Tetapi itu bukanlah halangan untuk saya terus menghasilkan filem-filem yang berkualiti selepas ini,” demikian luahan sutradara kreatif, Kabir Bhatia saat diajukan mengenai filem ketiga arahannya, Setem yang kurang mendapat sambutan.

Setem yang mula ditayangkan pada 30 Julai lalu dan berakhir seminggu sebelum bulan puasa lalu mencatatkan kutipan sebanyak RM1.5 juta sahaja.Filem tersebut menampilkan bintang-bintang ternama tanah air yang dilihat mampu untuk ‘menjual’ filem berkenaan seperti Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Que Haidar dan Sathiya.Sebetulnya, Setem bukanlah filem pertamanya yang mencatatkan kutipan kurang memberangsangkan.Tahun lalu, filem keduanya, Sepi juga mengalami nasib yang sama apabila tidak mampu menandingi kehebatan filem Cinta yang dianggap sebagai karya terbaiknya.

Jelas Kabir, dia sudah melakukan sehabis baik dalam memberikan pendekatan baru menerusi Setem untuk khalayak terutama peminat filem komedi.Malah, pengarah berusia 40 tahun itu juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang merasakan sentuhannya dalam genre komedi tidak sehebat filem bercorak cinta dan drama arahannya.“Saya hanya mahu menghasilkan karya yang berbeza dan mahu dikenali sebagai pengarah yang berani mencuba sesuatu yang baru.“Dalam filem Setem misalnya, saya sendiri dapat melihat perkembangan dan evolusi pengarahan saya baik dari segi jalan cerita serta sinematografi,” ujarnya optimis.

Kabir turut memberitahu, dia tidak mahu terus melayan perasaan kecewanya. Sebaliknya, dia akan menganalisis kelemahan dan mencari punca kegagalan filem tersebut demi kebaikan semua pihak.Namun, suami kepada penulis skrip, Mira Mustaffa ini tidak menolak kemungkinan penularan wabak Influenza A (H1N1) menyebabkan penonton semakin kurang berkunjung ke pawagam untuk menonton filem.Biarpun sedih dengan kegagalan filem Setem di pawagam, namun ia terubat dengan kemenangan filem tersebut apabila berjaya merangkul tiga anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-22 di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Tiga kategori yang dimenangi Setem pada malam itu ialah Sinematografi Terbaik, Suntingan Terbaik dan Penataan Seni Terbaik daripada 10 pencalonan.Dalam perkembangan lain, Kabir turut memberitahu, dia dan Mira kini sedang menyiapkan skrip untuk sebuah filem terbaru bercorak komedi romantik untuk Primework Studios Sdn. Bhd., yang bakal menjalani penggambaran pada November depan.Sementara itu, Kabir turut diajak berbicara tentang drama bersiri terbaru arahannya, Tower 13 yang semakin mendapat perhatian penonton setia slot Seram yang sudah pun ditayangkan sejak 6 Ogos lalu pukul 9.30 malam di TV3.

Barangkali ramai yang terlupa bahawa sebelum ini pengarah kelahiran New Delhi, India itu pernah menghasilkan drama Kekasihku Seru yang telah mencetuskan fenomena sewaktu ditayangkan dalam slot yang sama tahun lalu.Jelasnya, apa yang dipersembahkan menerusi Tower 13 sememangnya berbeza dengan Kekasihku Seru.Malah, dia juga tidak menafikan untuk menghasilkan Tower 13 cukup menguji kemampuan dan kredibilitinya sebagai seorang pengarah.Kabir juga tidak mahu peminat dan penonton membandingkan Kekasihku Seru dan Tower 13 kerana kedua-dua digarap dengan sentuhan yang berbeza.

“Tower 13 memerlukan penonton menontonnya setiap minggu kerana jalan ceritanya berkait rapat setiap minggu sehinggalah ke episod terakhir di mana rahsianya akan terbongkar.“Ia berlainan sekali dengan penceritaan Kekasihku Seru yang lebih straightforward (penceritaan secara terus),” katanya yang turut menerbitkan Tower 13 di bawah syarikatnya, Filmscape Productions Sdn. Bhd.Tambahnya, watak Adam lakonan Bront Palare merupakan fokus utama kepada penceritaan Tower 13 kerana misteri yang berlaku di bangunan tersebut semuanya diceritakannya. daripada pandangan matanya.

Untuk itu, dia banyak melontarkan idea kepada penulis skrip, Alfie Palermo untuk merealisasikan visual yang dimahukan olehnya.Selain Bront, drama 13 episod dengan pengarah bersama. Joeza Rasidi ini turut dibintangi Dira Abu Zahar yang memegang watak sebagai Maria, Rahhim Omar (Ustaz Khalid), Azhan Rami (Detektif Malik) dan Farah Alya (Detektif Aishah).Bagi Bront, dia tidak ada masalah untuk bekerja dengan Kabir kerana sudah biasa dengan pengarah itu sejak berlakon dalam filem Setem lagi.

Profil Berkaitan

 Kabir Bhatia    Mira Mustaffa    Setem    Cinta    Bront Palarae    Afdlin Shauki    Vanidah Imran    Que Haidar    Sathiya    Rashidi Ishak  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD