Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Kosmo
Keratan Akhbar
 

05 November 2009 : Kosmo

Karyawan Gusar Kekurangan Dana

Oleh FAIZAL SAHARUNI

FREDDIE (duduk tengah) bersama artis yang akan menjayakan Malam Amal Puteri Bersama Karyawan.

BUKAN sesuatu yang mengejutkan apabila Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang berperanan sebagai organisasi terpenting membela dan memperjuangkan nasib penggiat seni tanah air mengalami masalah kekurangan dana hampir saban tahun.Selain menjalankan fungsi utamanya bagi membantu golongan artis yang dibelenggu masalah berkaitan dunia seni, Karyawan tidak terkecuali menghulurkan sumbangan berupa skim pencen kepada anak seni veteran yang mengalami keuzuran.

Benar, langkah itu bukan sahaja patut dipuji namun, seluruh tenaga kerja persatuan perlu bekerja keras demi mengisi dana skim tersebut dari semasa ke semasa.Skim pencen yang dimulakan sejak lima tahun lalu itu kini dinikmati oleh 25 orang karyawan dengan setiap seorangnya menerima RM500 sebulan selepas mereka tidak lagi terdaya mencari mata pencarian sendiri serta mengalami masalah tertentu.Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez ketika ditemui pada sidang media Malam Amal Puteri Bersama Karyawan di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Selangor baru-baru ini sempat meluahkan kegusarannya terhadap jumlah dana yang semakin susut dari semasa ke semasa.

Dengan jumlah sebanyak RM25,000 diperuntukkan setiap bulan termasuk pembayaran empat kakitangan persatuan itu dan lain-lain maka itu bermakna ratusan ribu ringgit perlu kekal berada dalam tabung Karyawan pada setiap tahun."Disebabkan sumber kewangan Karyawan semakin susut maka pihak kami cuba mencari projek-projek terbaru dengan mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Terbaru, Karyawan dengan bantuan pemilik Restoran Puteri, Rubiah Suparman dan Habsah Hassan menganjurkan Malam Amal Puteri Bersama Karyawan yang akan diadakan pada 17 November ini di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Selangor.

Sebanyak 13 buah meja disediakan pada majlis tersebut pada harga RM5,000 bagi setiap meja. Paling menarik, ia bertemakan Malam Nostalgia dengan tujuan mengimbas kembali era 60-an, 70-an dan 80-an."Kali ini, majlis Malam Amal Puteri Bersama Karyawan sebagai salah satu usaha untuk mengembalikan kegiatan Karyawan untuk menambahkan jumlah wang dalam tabung kami."Selain itu, acara ini ada signifikan tersendiri apabila Karyawan mengenengahkan artis-artis lama dan baru dalam sebuah majlis sama sekali gus dapat mengeratkan hubungan sesama artis."Ada artis yang menawarkan diri untuk terlibat dalam majlis amal ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh penyanyi-penyanyi ini untuk membantu mengutip dana Karyawan memang begitu mengagumkan.

"Lantaran itu, saya harap agar Malam Amal Puteri Bersama Karyawan nanti bakal mendapat sokongan dan sambutan yang memberangsangkan daripada golongan artis dan masyarakat," ujar Freddie.Antara artis yang bakal membuat persembahan pada acara itu ialah Dayang Nurfaezah, Datuk Yusni Hamid, Datin Paduka Julie Sudiro, Datuk Ahmad Jais, Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Nassier Wahab, Andre Goh, V. Sarangabani, Amylea, Haziq, Iqwal, Shasha dan Wani.Dalam pada itu, Jaafar Onn bertindak selaku pengacara majlis yang bertemakan konsep 1Malaysia disebabkan ia turut diserikan dengan artis yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Profil Berkaitan

 Ahmad Jais    Rohana Jalil    Amylea Hany    Jaafar Onn  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD