Sinemamalaysia.com.my - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Harian Metro
Keratan Akhbar
 

06 Julai 2008 : Harian Metro

Jom Meriah FFM21

BAGI memeriahkan lagi sambutan Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-21 Putrajaya 2008 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos depan, Jawatankuasa Promosi dan Publisitinya merangka program khas — Jom Meriahkan FFM21.

Program yang diadakan ini khusus bagi membolehkan peminat filem tempatan bertemu lebih dekat pelakon yang dicalon dalam FFM21.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Publisiti, Mohd Fazli Abd Aziz, sebanyak enam acara diatur bagi program berkenaan, antaranya bermula jam 3 petang ini bertempat di Jaya Jusco, Balakong.

Penonton filem Malaysia berpeluang bertemu barisan pelakon filem Akhirat seperti Vanidah Imran, Nabila Huda dan Zek Taipan. Mereka juga akan dihiburkan dengan persembahan hiburan oleh artis jemputan yang diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Pemilihan Putrajaya sebagai lokasi penganjuran FFM21 pada tahun ini dapat memberi peluang kepada orang ramai, khususnya pelajar perfileman di IPTA/IPTS sekitar Serdang, Cyberjaya, Bangi dan Nilai, dalam memeriahkan lagi acara FFM21.

“Di samping beramah mesra dengan artis berkenaan, orang ramai berpeluang bergambar dan mendapatkan hadiah misteri FFM21 menerusi segmen cabutan hadiah bertuah.

“Pas masuk percuma ke Malam Anugerah FFM21 yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan diedarkan sepanjang program berkenaan,” katanya.

Pada 13 Julai pula, mereka bergerak ke The Mines; 20 Julai di Kompleks PKNS, Bangi; 27 Julai di Alamanda, Putrajaya dan 3 Ogos di D Cruise Tasik Putrajaya.

Profil Berkaitan

 Akhirat  

 


Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD