Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Harian Metro
Keratan Akhbar
 

21 Disember 2009 : Harian Metro

Hero Juga Akhirnya

Oleh Norhayati Nordin

Bagi pelakon filem Santau, Esma Daniel, 40, dia sentiasa memastikan dirinya bertenaga dan cergas di lokasi penggambaran. Oleh itu, bapa kepada lima anak ini akan ke gimnasium tiga kali seminggu. Apapun, Esma bertuah kerana mendapat tajaan Celebrity Fitness.

Siapa sangka, sudah dua tahun pelakon drama Dua Marhalah ini mendapat penajaan dan dia amat bersyukur mengenainya. "Pada usia sekarang, saya akui tidak lagi mementingkan penampilan, tetapi keperluan peribadi lebih diutamakan. Justeru, saya suka ke gimnasium untuk bersenam bagi memastikan diri sihat, cergas, bertenaga dan mempunyai stamina. "Bagi saya, jika tubuh kelihatan tidak sihat dan lemah, pengarah tiada keyakinan mahu menawarkan watak dalam drama mereka. "Ini kerana ada pengarah suka mengambil sudut sama beberapa kali untuk mendapatkan hasil terbaik buat penonton. Selain untuk stamina dan bersenam itu juga penting untuk kesihatan," katanya.

Bercakap mengenai industri hiburan tempatan, jelas Esme, dunia lakonan tanah air baru hendak membangun, sekali gus memberi peluang kepada pelakon lelaki berusia sepertinya memegang watak utama. "Barangkali skrip filem dihasilkan itu sesuai untuk pelakon lelaki berusia seperti saya. "Maka, dapatlah peluang membawakan peranan penting. Malah, pengalaman juga membantu dalam memastikan watak dilakonkan mampu menambat hati penonton. "Memandangkan persada seni dalam sedang membangun, ia dalam proses menerokai karakter seseorang pelakon. Apapun, situasi ini tidak berlaku dalam industri perfileman di Hollywood, Bollywood, Hong Kong, Korea atau Taiwan.

"Ini kerana selain skop pasaran yang luas, pelakon berusia juga lebih mahal berbanding yang baru. Justeru, ia tidak berlaku di negara ini disebabkan nilai komersial yang utama. Bahkan, sekarang ini pun artis baru patut bersyukur kerana ada pengurus. "Berbanding dulu, semuanya dilakukan sendiri dan saya bertuah kerana melalui segalanya dari bawah. Sehubungan itu, 'bonus' pada saya untuk melatih diri berkomunikasi dengan semua orang termasuk wakil media," katanya tenang. Hidup bahagia di sisi isteri tersayang, Nitra Sari, 33, dan anak, Hadif Daniel, 6, Damia Sari, 5, dan Dalea Sari, 3, serta dua hasil perkahwinan terdahulu, Habib Daniel, 17, serta Harith Daniel, 16, lelaki berbakat besar ini cukup merendah diri.

Katanya, dia selalu ingat pesanan pelakon senior yang sering mengingatkannya supaya 'tidak kalah' pada pujian. Esma berkata disebabkan itu walaupun ramai memuji lakonan mantapnya dalam Santau, dia masih berasakan ada kekurangan. "Sebagai manusia biasa, saya akui bukan senang untuk berpuas hati. Banyak lagi aspek lakonan dalam Santau yang perlu diperbaiki. "Namun filem itu sudah ditayangkan dan apa yang saya tahu sambutan penonton sangat bagus.

"Apapun, ketika saya melakonkan watak Halim dalam Santau itu, ia membawa kesan pada diri. Jika sebelum ini, setiap watak dilakonkan itu hanya muncul di lokasi, tetapi untuk Santau ia terbawa hingga ke rumah kerana mengganggu tidur. "Isteri sering bertanya mengapa mengigau dan meracau dalam tidur. Saya tidak tahu kerana semua itu berlaku dalam keadaan tidak sedar. Bagaimanapun, saya menyifatkan ia mungkin disebabkan pengaruh kisah seram yang membabitkan makhluk halus," katanya.

Menurut Esma, apapun dia bertuah kerana isterinya cukup memahami. Katanya, sekalipun dia pernah gagal dalam mengemudi rumah tangga pertamanya dulu, tetapi peluang kedua hidup bersama Nitra sangat membahagiakannya dan anak. "Apa yang pasti, saya berjaya membuktikan pada masyarakat mengenai gosip dan kata kurang enak yang dilemparkan pada diri ini. Bagi saya, tiada manusia yang sempurna. Oleh itu, jangan mudah menghukum, tetapi wajar diberi peluang," katanya.

Profil Berkaitan

 Esma Danial    Santau  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD