Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
Produksi sulung Dayang Digital Sdn Bhd yang menelan belanja RM1.6 juta ini mengangkat kisah legenda cinta berdarah dari Johor yang semakin dilupakan.Penulis memuji usaha Dayang Digital mengangkat satu daripada warisan negara. Tindakan murni ini secara tidak langsung mendedahkan generasi muda dengan satu lagi epik.Tidak ramai tahu kisah ini kerana mereka hanya didedahkan dengan beberapa legenda popular seperti Puteri Gunung Ledang dan Mahsuri.Jika berminat menonton legenda ini, saran penulis penonton harus memahat di ingatan filem ini dihasilkan lima tahun lalu, malah ia antara filem terawal menggunakan teknik High Definition (HD) yang pada ketika itu masih baru.
Justeru banyak kelemahan dilihat, lebih-lebih lagi aspek teknikal yang membabitkan audio. Jangan terkejut andai dalam satu babak ada dua bunyi audio berbeza.
Penulis tidak mahu sentuh banyak bab kualiti kerana sedia maklum ini produksi pertama Dayang Digital, namun andai pengarah lebih peka dan teliti, hasilnya pasti lebih baik.Secara peribadi penulis melihat Lembing Awang Pulang ke Dayang sebagai kisah yang sangat menarik tetapi sayang kurang kajian, kepakaran dan mungkin persediaan menjadikannya longgar dan kurang menarik.
Pengarah berusaha menyelit sebanyak mungkin fakta sejarah dalam filem ini, namun tidak mengambil kira ketelitian daripada aspek lakonan, konti, pakaian mahupun set.Natijahnya banyak kepincangan, antaranya pakaian watak Claudia (Mei Ling) ketika menyusuri pantai dengan Awang (Farid Kamil) langsung tidak menggambarkan 200 tahun lalu, malah penggunaan pokok bunga plastik mengundang tawa media ketika pratonton filem ini.Nampak janggal bila taman Dayang (Siti Elizad) dihiasi dengan pokok bunga plastik, begitu juga ros kuning lambang kasih Dayang dan Awang. Bukankah lebih menarik jika menggunakan bunga dan pokok asli, dan rasanya ia tidaklah menelan kos terlalu tinggi.
Jalan cerita juga kurang kemas dan tampak lemah apabila beberapa babak dibazirkan dengan adegan yang sepatutnya boleh digantikan dengan paparan lebih menarik. Misalnya babak Dayang berlari keluar ke taman bunga dengan hanya berkemban untuk menegah Bachuk (Zulhuzaimy) menyentuh tanaman kesayangannya.Mungkin pengarah boleh menggunakan pendekatan lebih manis sesuai dengan kehidupan zaman itu yang cukup mengutamakan adab sopan. Apapun mungkin ini daya tarikan komersial pada mata pengarah.Produksi wajar berterima kasih kepada barisan pelakon yang berusaha gigih memberi persembahan terbaik kerana ia sekali gus menutup sedikit sebanyak kelemahan yang ada.
Farid berjaya menghidupkan watak Awang dengan berkesan meskipun ini percubaan keduanya memikul watak utama. Pertemuan dengan waris Awang yang menetap di Johor banyak membantu aktor ini.Begitu juga Zulhuzaimy, namun seakan-akan kurang puas apabila aktor ini masih terikat dengan karektor antagonis yang pernah dibawanya sebelum ini.Sayang seribu kali sayang apabila persembahan Siti Elizad sebagai perawan yang digilai Awang dan Bachuk sangat lemah. Keresahan menanti kepulangan Awang tidak dapat dirasai penonton, malah ekspresi wajahnya kaku.
Apapun terserah kepada penonton untuk menilainya dan diharap filem ini menjadi pencetus kepada lebih ramai penerbit untuk menyemarakkan pembikinan filem epik yang kian mendapat tempat di hati penggemar filem tempat.Legenda Lembing Awang Pulang ke Dayang berlaku kira-kira 200 tahun lalu di sebuah pekan bernama Padang yang kini dikenali sebagai Muar. Gadis cantik bernama Dayang menaruh hati terhadap pemuda harapan Padang, Awang.
Apabila Awang masuk meminang, bapa Dayang (Datuk Kuswadinata) yang mementingkan darjat mengenakan syarat ketat sehingga Awang terpaksa belayar tiga tahun bagi mencari wang dan kain mastuli.Awang menyahut cabaran dan belayar meninggalkan Padang berbekalkan janji Dayang untuk kekal setia sehingga ‘kering laut tanah Melaka’.Dengan ketiadaan Awang, Bachuk yang juga meminati Dayang cuba mendekati wanita idamannya dengan bantuan Panglima Merah (Hattan).
Lembing Awang Pulang Ke Dayang
Dayang Digital Sdn. Bhd.
Majed Salleh
Farid Kamil
Ejad
Zul Huzaimy
Kuswadinata
Hattan
Artikel Terkini