Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Berita Harian
Keratan Akhbar
 

14 Januari 2010 : Berita Harian

120 Pencalonan Dalam Festival Filem Pelajar Di Perlis

FESTIVAL Filem Dan Video Pelajar Malaysia ke-7 (FFVPM7) menerima 120 pencalonan daripada 24 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) seluruh negara.

Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Kangar, Perlis dari 14 hingga 16 Januari. Ia adalah inisiatif Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengiktiraf dan melahirkan generasi pelapis pembuat filem yang berkemahiran dan berilmu. FFVPM kali ini bertemakan Ke Arah Persada 1Malaysia ini mempertaruhkan 19 anugerah bagi enam Kategori Utama yang dipertandingkan.

Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkata, UNIMAP diberi penghormatan sebagai tuan rumah ini kerana kerjasama erat di antara Naib Canlesor UNIMAP, Datuk Prof Dr. Kamarudin Hussin dan seluruh warga kerja universiti ini yang begitu komited dalam menjayakan festival ini. Tambah beliau, pemilihan UNIMAP juga adalah selaras dengan program Finas untuk merakyatkan filem serta menyemai sikap mencintai filem Malaysia. Penganjuran ini diharap akan dapat memberi peluang khususnya kepada pelajar perfileman dan peminat filem di utara tanah air mengetahui perkembangan industri dan bertemu karyawan filem yang dibawa khas FINAS menerusi aktiviti pameran, seminar, tayangan dan perbincangan filem.

“FFVPM ini adalah sebahagian dari usaha kementerian dan Finas untuk menjayakan gagasan 1Malaysia. Seperti yang sering kali diungkapkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa filem adalah wadah atau jendela jiwa bangsa, maka Finas percaya konsep 1Malaysia ini boleh digarap dan ditonjolkan serta dihayati menerusi filem di festival kali ini," katanya. Selain itu, FFPVM7 dilihat sebagai medan mengasah bakat dan daya kreativiti dikalangan penuntut perfileman. Ia juga memberi peluang pelajar perfileman untuk mengetahui lebih dekat realiti dunia perfileman negara.

Antara filem yang bakal ditayangkan dan dikupas ialah filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin dan filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula. Jins yang juga Profesor Adjung UniMap turut menyampaikan ceramah berjudul Filem dan Industri Kreatif pula menampilkan Profesor Adjung UniMap, dan ceramah Filem dan Industri Kreatif. Pameran dan tayangan filem sempena FFPVM7 pula diadakan di Jalan The Store dan Dewan Kapitol, Kangar. Forum bertajuk Filem dan Persada 1Malaysia' juga dibincangkan oleh panel yang terdiri dari pengamal industri.

Finas juga turut membuka gerai pameran sepanjang festival berlangsung dan membawa dua pelakon iaitu Didie Alias dan Farid Kamil untuk menambahkan kemeriahan dan memberi peluang kepada peminat mesra beramah mesra. Malam Anugerah yang bakal berlangsung pada 16 Januari di Dewan 2020 di Kangar, bakal menyaksikan kehadiran Menteri Besar Perlis, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi serta Canselor UNIMAP, Raja Muda Perlis serta dif kehormat negeri.

Ia juga diserikan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Fizz Fairuz dan Jehan Miskin.

INFO: Kategori dipertandingkan dalam FFVPM7

Kategori Utama

  • 1. Filem Pendek,
  • 2. Video Pendek,
  • 3. Filem/Video Dokumentari,
  • 4. Filem/Video Eksperimen,
  • 5. Video Klip,
  • 6. Filem/Video Iklan
  • 7. Filem/Video Animasi.
  • 8. Filem / Video Terbaik Keseluruhan,
  • 9. Anugerah Khas Juri,
  • 10. Pengarah Harapan,
  • 11. Penyunting Terbaik
  • 12. Penataan Seni Terbaik,
  • 13. Penataan Bunyi Terbaik,
  • 14. Skrip Terbaik,
  • 15. Kostum Terbaik,
  • 16. Sinematografi Terbaik,
  • 17. Muzik Terbaik
  • 18. Grafik Terbaik
Profil Berkaitan

 Mohd Mahyidin Mustakim    Didie Alias    Farid Kamil    Lisa Surihani     Rozita Che Wan    Fizz Fairuz    Jehan Miskin  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD