Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar
Keratan Akhbar
Tajuk
Tarikh
 Pick a date
Keputusan : 3311
12 Mac 2010: Berita Harian
Badi Sri Mersing

Bagi Elly Mazlein, teater klasik Seri Mersing adalah naskhah yang berat dan menjadi tanggungjawab kepada setiap pelakon membawakan dengan baik dan meninggalkan kesan kepada pelakon. Atas rasa tanggungjawab itulah tawaran pertama ditolak dengan baik kerana bimbang naskhah yang baik itu tidak menepati kehendak penerbit dan pengarahnya.



12 Mac 2010: Berita Harian
Tak Mungkin Kembali Jadi Hang Tuah

Sehingga kini, Enfiniti Productions belum mengumumkan sebarang perancangan untuk kembali mementaskan muzikal yang mendapat sambutan hebat itu. Kali pertama ia dipentaskan adalah pada Februari 2006, di Istana Budaya, diikuti musim kedua di tempat sama, pada Ogos tahun yang sama juga. Musim ketiga sekali lagi ia dipentaskan di Istana Budaya, pada Februari tahun lalu.



12 Mac 2010: Kosmo
Tidak Pentingkan Populariti

Percaya atau tidak, jika ada yang melihat penggunaan pendakap gigi menghodohkan penampilan, sebaliknya pula berlaku kepadanya apabila tuah pula yang menjelma. Ini kerana pendakap gigi itulah yang membezakan Redza dengan pelakon sedia ada. Dia tanpa segan turut memakai pendakap gigi ketika berlakon dalam filem sulungnya itu.



12 Mac 2010: Harian Metro
Mak Nani Terkejut Lihat Ady Putra

Kelmarin, sidang media kedua teater muzikal itu berlangsung dan sedutan pementasan dipaparkan. Ia membabitkan Ady Putra (Damak), Elly Mazlein (Sri Mersing ketika muda), Leez Rosli AF (Sri Melati) dan Hairi Anak Wayang (Merah). Menariknya, Rosnani yang turut berlakon watak Sri muncul dalam babak mengimbas kisah cinta Sri dengan kekasihnya, Damak ketika mereka masih muda.



11 Mac 2010: Berita Harian
Hikayat Merong Mahawangsa Paradigma Baru Filem Tempatan

Produser filem itu, Norman Abdul Halim mendakwa sehingga kini pihaknya sudah menjual kepada banyak pihak mengenai hak edaran Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam bahasa Inggeris untuk versi antarabangsanya menggunakan judul The Malay Chronicles - Bloodlines. Khabarnya, lebih 20 negara termasuk di Perancis, United Kingdom, Jerman Russia dan beberapa negara Timur Tengah sudah berminat untuk mengedar filem itu.



11 Mac 2010: Berita Harian
Teater Muzikal Cuci 2 Tanpa AC

Khabarnya dengan apa yang terjadi pada pementasan yang kali pertama dipentaskan tahun lalu, AC Mizal tidak lagi dikekalkan sebagai teraju utama. Terkejut juga Cik Normah dengar cerita ini. Tapi difahamkan memang produksi pementasan teater ini sudah mula serik dengan bekas pengacara Akademi Fantasia musim ketujuh itu.



10 Mac 2010: Berita Harian
Ellie Gagal Kawal Emosi

Namun seperti judul lagu yang pernah dinyanyikan kumpulan Exist bertajuk Diammu Gunung Berapi, begitulah gelodak rasa yang bersarang dalam hati pengarah sensasi ini. Niat awalnya untuk menyalurkan mesej dakwah menerusi teater ... Antara yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya 26 Februari lalu dicemari dengan dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku.



10 Mac 2010: Harian Metro
Kesinambungan Remp-It

Mengambil kesempatan untuk mempromosikan filem ini tiga bintang utama filem berkenaan - Farid, 29, Bront Palarae, 31, dan Diana Amir, 23, digandingkan dalam satu sesi fotografi khas di Balai Berita, baru-baru ini. Masing-masing melontarkan pendapat yang hampir sama mengenai gejala lumba haram dan isu Mat Rempit.



10 Mac 2010: Harian Metro
Pembuka Mata Dunia

Filem ini dijangka mendapat edaran lebih meluas apabila ditayangkan di Festival Filem Cannes pada Mei dan American Film Market, pada November nanti. Ikuti temu bual wartawan Harian Metro, Ramlah Zainal (roses@hmetro.com.my) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abd Halim mengenai pandangan dan harapan terhadap Hikayat Merong Mahawangsa.



09 Mac 2010: Utusan Malaysia
Evolusi KL Drift 2 Filem Termahal Skop

Syarikat milik pengarah dan pelakon veteran, Datuk Yusof Haslam itu mencipta rekod baru apabila filem ke-25 terbitannya berjudul Evolusi KL Drift 2 menelan kos pembikinan termasuk promosi mencecah RM2.5 juta.



1, 2, 3 ... 330, 331, 332  Seterusnya
Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD