BUKAN publisiti menjadi taruhan, namun semangat keprihatinan terhadap pesakit AIDS atau HIV positif agar mereka tidak merasa terpinggir dari masyarakat. Itulah yang diterapkan sekumpulan selebriti tanah air apabila diberikan tanggungjawab menjadi duta Program Selebriti Sokongan Riben Merah anjuran Majlis Aids Malaysia (MAM) Komitmen itu bukan saja membabitkan diri dalam program amal semata-mata, malah cuba mendekatkan masyarakat dan penghidap HIV selain mencari dana untuk MAM dan Yayasan Aids Malaysia.
RAMADAN kali ini menyimpan seribu kenangan buat keluarga pelakon dan pelawak Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali dengan gelaran Din Beramboi. Hampir lima bulan lamanya arwah pergi menyambut seruan Ilahi namun gelagat dan jenakanya masih berbekas di hati keluarga serta rakan rapatnya. Bagi balu Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man serta tiga anaknya, Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq Ar Ridhwan, 12, dan Nir Ain Syuhadah, 6, kehilangan Din cukup dirasai apatah lagi ketika menyambut Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.
KEBANGKITAN industri filem di negara ini sejak 10 tahun lalu sememangnya menggembirakan banyak pihak terutamanya kepada penggiat-penggiat seni tanah air. Penayangan lebih daripada 20 buah filem cereka setahun juga memberi banyak pilihan kepada penonton untuk melaburkan wang mereka di samping mengharapkan pulangan yang sebaiknya. Sekaligus minat penonton terhadap filem Melayu khususnya dapat dipertingkatkan dengan pelbagai genre filem yang ditawarkan pada setiap tahun.
BUDI yang dicurahkan selama bernaung di bawah syarikat penerbitan Skop Production Sdn Bhd (SPSB) milik Datuk Yusof Haslam tidak pernah dilupakan. Inilah yang dikatakan 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. Majlis penyerahan bonus kepada kakitangan sempena Aidilfitri adalah majlis tahunan SPSB yang tidak pernah melupakan mereka yang pernah berkhidmat dengan SPSB. Pengarah Urusan SPSB, Datuk Yusof Haslam berkata, majlis tahunan yang diadakan bagi menghargai usaha gigih pekerja dan pelakon yang menunjukkan komitmen tinggi setiap produksinya.
TARIKH 11 hingga 16 Jun lalu merupakan saat yang paling meninggalkan kesan paling mendalam dalam jiwa pelakon dan pelawak Saiful Apek apabila dia disumbat ke lokap kerana disyaki terbabit dalam kes dadah. Bapa kepada dua anak ini mendakwa berasa trauma akibat penahanan tersebut kerana terpaksa berada dalam penjara selama lima hari sambil dia menafikan tidak terbabit dalam gejala yang tidak bermoral itu.
TRIO Azlee, Wahid dan Mazlan memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Melihat kepada kelibat mereka bertiga, pantas sahaja nama Senario yang bermain di minda. Sejak dicungkil bakat lawak mereka sekitar tahun 1995 menerusi rancangan pencarian bakat baru Sinaran Pasport Kegemilangan, ketiga-tiga mereka merupakan tiga daripada lima anggota asal kumpulan itu yang masih bertahan.
RAMAI penerbit dan pengarah yang berlumba-lumba memilih tarikh pada cuti musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun bagi menayangkan filem masing-masing di pawagam seluruh negara. Ini kerana, pada waktu itu ramai yang sedang bercuti dan mempunyai waktu terluang sambil mencari hiburan dengan menonton filem-filem Melayu terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam.
FILEM Senario Asam Garam dan 4 Madu sudah mengesahkan untuk ditayangkan pada hari raya nanti. Disebabkan saya belum menonton fielm ini, terlalu awal untuk dan kurang adil untuk mengulasnya tetapi memang hendak menonton kedua-dua filem itu nanti. Saya hendak tahu karya siapa yang lebih bagus. Maklumlah kedua-duanya dihasilkan oleh profesor perfileman. Filem Senario Asam Garam diarahkan oleh Profesor Dr Hatta Azad Khad, manakala filem 4 Madu pula arahan Profesor A Razak Mohaideen.
MENERUSI sejarah yang dipelajari, kita mengenali Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein Al-Haj sebagai Bapa Pembangunan. Namun, sejauh manakah kita mengenali figura itu yang turut bertanggungjawab meleraikan kemelut krisis perkauman pada 13 Mei 1969?Beliau membesar di kawasan perkampungan dan perlu berjalan sejauh enam kilometer ke sekolah tanpa kasut. Bukan kerana tidak mampu, beliau bagaimanapun mahu berkaki ayam seperti kawan-kawannya yang lain. Itu antara paparan yang boleh disaksikan dalam dokumentari A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak.
SENYUM selalu mengiringi wajah manis Nora Danish. Entah apa yang bermain dalam kotak hati dan fikiran wanita berumur 26 tahun ini, hanya senyuman manis menguntum di wajahnya. Namun mungkin sekuntum senyum yang dibawakan itu lebih mempunyai makna kini ekoran janda muda itu dipercayai sedang berbunga cinta dengan seorang lelaki bernama Shahrul. Apabila dijelaskan kepadanya bahawa Shahrul sendiri yang menghubungi Sensasi Bintang untuk bercerita tentang hubungannya dengan Nora, ibu tunggal beranak satu ini hanya mampu tertawa malu di hujung talian.