![]() |
Semerah Cinta Stilleto merupakan filem ke-36 terbitan Metrowealth (MIG). Kali ini kembali menampilkan genre romantik komedi setelah melihat genre seperti ini kurang dihasilkan dewasa ini. Kejayaan filem Syurga Cinta juga menjadi pendorong MIG untuk menghasilkan Semerah Cinta Stilleto.
Filem yang telah memulakan pengambaran pada 12 Ogos lalu bakal menerima sentuhan sutradara Ahmad Idham. Penerbit mempunyai alasan kukuh untuk mengekalkan Ahmad Idham sebagai pengarah ekoran pengalaman dan bakat beliau yang mampu mendekatkan filem dengan jiwa para penonton menjadi sasaran filem ini.
Keistimewaan filem ini adalah jalan ceritanya yang tersendiri selain disokong dengan tajuk filem yang begitu unik. Semerah Cinta Stilleto akan membongkar kehidupan dua golongan berbeza dan mencari erti kesempurnaan yang sebenarnya yang dicari setiap insan dalam hidup. Menjadi sebahagian dan tanggungjawab para penggiat filem untuk memastikan karya dihasilkan mampu beri sentuhan yang dapat dijadikan tauladan kepada para penonton.
MIG melihat perbezaan taraf yang makin berleluasa diantara golongan kaya dan miskin harus dilihat dari perspektif positif, memandangkan negara yang makin maju ke era globalisasi dan pemikiran terbuka harus ada bagi setiap orang dan filem ini menjadi platform untuk membentuk kesedaran, MIG cuba memainkan sedikit peranan dalam menjayakan usaha tersebut.
Namun, ia akan disampaikan dengan cara komedi dan pertembungan dua darjat ini akan menonjolkan nilai yang akan menyentuh perasaan dan menggeletek hati para penonton selain tidak dilupakan mesej yang ingin disampaikan. Barisan pelakon yang bakal membintangi filem ini terdiri daripada pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Lisa Surihani, Cat Farish, Datuk Jamali Shadat, Shahruddin Thamby, Maimon Muttalib, Kenchana Dewi, Rama, Angah (Raja Lawak), Mie (Raja Lawak) dan beberapa pelakon lain. Pemilihan pelakon ini dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip.
![]() |
Filem seram Santau arahan Azhari Zain sudah ditayangan hujung tahun ini dan telah menerima sambutan hangat dari penonton dan Zoo baru sahaja menamatkan pengambaran. Filem sulong arahan Farid Kamil iaitu V3: Samseng Jalanan juga telah mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) bakal ditayangkan 11 Mac 2010 ini.
![]() |
Ahmad Idham
Farid Kamil
Lisa Surihani
Cat Farish
Dato' Jamali Shadat
Shaharuddin Thamby
Maimon Mutalib
Kenchana Devi Segeran
MIG Production Sdn. Bhd.
Semerah Cinta Stilleto
Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
Adnan Semp-It
Santau
V3 Samseng Jalanan
Artikel Terkini