Sinema Malaysia - Artikel
Anda berada di : Utama > Artikel > Selebriti
Selebriti
 

01 Januari 2007

TAK ADA MAKNANYA... - SAIFUL APEK
Oleh : Maimunah Alias , Norshilawati Mustakin
Saiful Apek

“ Tak ada maknanya”, itu adalah antara dialog di dalam filem Bujang Senang. Saiful atau Apek Senario sentiasa muncul dengan dialog yang boleh menjadi ikutan peminat setianya. Itu adalah kelebihan yang ada pada Saiful Apek yang boleh membuatkan peminat sentiasa tertunggu-tunggu kemunculannya.

Saiful Apek merupakan antara pelakon, pelawak dan pengacara yang terlaris ketika ini. Beliau sentiasa menjadi pilihan penerbit filem dan sering dijemput untuk menjadi pengacara dalam sesuatu program. Baru-baru ini, Saiful Apek telah menjadi DJ jemputan sebuah stesyen radio swasta dan ini memberi kelebihan kepadanya untuk sentiasa berada bersama-sama para peminat.

Semasa sesi wawancara ini dilakukan, Saiful Apek menjelaskan tentang cabaran yang terpaksa dihadapi setelah menjadi artis. Pembahagian dan pengurusan masa yang cekap serta perancangan yang teratur akan membantu seseorang itu menjalani kehidupan sebagai seorang artis yang versatil. Saiful Apek dibesarkan bukan daripada keluarga seni, namun bakatnya sebagai pelakon dan pelawak menjadikan beliau antara orang yang berjaya dalam industri seni tanah air.

Menjelaskan tentang bakatnya, Saiful yang dibesarkan di zaman kegemilangan filem Melayu, menjadikan P.Ramlee sebagai idola. Saiful Apek juga menganggap P.Ramlee itu sebagai ‘akademi’ dalam mengasah bakat sebagai pelakon dan pelawak, semenjak filem ‘hitam putih’. Zaman kegemilangan filem Melayu di studio Jalan Ampas, telah memberikan satu inspirasi kepadanya terutama dalam cerita yang bercorak komedi.

Tentang kejayaan dan kehidupan seorang selebriti, Saiful Apek menganggap beliau adalah manusia biasa tetapi dianggap luar biasa oleh para peminatnya. Tambah Saiful, setiap orang mempunyai peluang dan nasib yang berbeza dalam menentukan sesuatu kejayaan. Menurut Saiful, beliau dalam proses pembelajaran dan akan terus belajar bagi memantapkan lakonannya. Ketika ditanya, tentang filem yang paling meninggalkan kesan terhadap dirinya, beliau menjawab Biar Betul. Beliau diberi kebebasan menjadi dirinya sendiri dan karektor dalam cerita tersebut adalah sama dengannya. Pengarah filem Biar Betul dikatakan ‘pening kepala’ apabila Saiful ‘membuat’ skrip sendiri dalam filem tersebut .

Saiful Apek juga berharap agar industri perfileman negara akan terus berkembang dan muka baru perlu diberi peluang untuk menonjolkan bakat. Tambah selebriti yang pernah menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini, yang yang dilihat kini industri perfileman negara ketandusan mereka yang benar-benar berbakat. Jika seseorang itu berbakat tetapi attitude tidak seiring dengan kehidupan, maka akan menyukarkan diri untuk terus mengekalkan kejayaan, kata Saiful ketika mengakhiri sesi wawancara petang itu.

Profil Berkaitan

 Saiful Apek    Bujang Senang    Biar Betul  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD