![]() |
| Jehan Miskin |
Jejaka tampan berdarah kacukan ini telah menceburkan diri berada di dalam industri ini sejak tahun 2001 sebagai seorang model pengiklanan. Beliau kemudian mencuba bakat di dalam bidang pengacaraan sehingga diberi peluang tawaran berlakon untuk telemovie pada ketika itu. Tapi 2005 telah menjadi tahun yang betul-betul menyerlahkan bakat lakonan Mohd Jehan Bin Miskin atau lebih dikenali sebagai Jehan Miskin menerusi filem Qaisy & Laila sehingga beliau dicalonkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia ke-18. Lebih fokus kini, perjalanan kerjaya beliau sehingga ke tahap sekarang bukanlah semudah disangka.
Menurut kata beliau filem Qaisy & Laila itu cukup istimewa baginya kerana beliau berpeluang untuk berada di tanah asal usul keluarga ayahnya ketika menjalani penggambaran di Afghanistan.
![]() |
| Jehan Miskin |
”Pada mulanya apabila membaca skrip tersebut saya rasa takut dan amat cukup tersentuh dengan kisahnya. Tetapi setelah berbincang dengan ahli keluarga, akhirnya saya menerima watak tersebut kerana ini merupakan satu ’extension’ dari asal usul keluarga saya. Penggambaran dijadualkan berjalan selama sebulan tetapi saya telah request supaya dapat mengikut krew produksi yang diterbangkan dua minggu lebih awal sebelum penggambaran bermula supaya dapat menyesuaikan diri dan amati kehidupan sebenar orang-orang disana untuk menguatkan lagi watak lakonan saya itu.
”Bila sampai disana kami mula duduk bersama dengan orang-orang Afghan dan ketika itu mereka menceritakan keperitan hidup mereka. Ada diantara krew kami yang ada pada ketika itu menangis apabila mendengar cerita mereka. Kita di Malaysia ini tak boleh terbayang membayangkan kesusahan mereka disana. Tiada yang menjadi suara mereka.” katanya.
![]() |
| Jehan Miskin |
Menceritakan pengalaman di dalam dunia seni, Jehan tidak menyangka hasil usahanya selama ini telah membawa beliau sebegini jauh dalam industri perfileman. Nama beliau telah berada sealiran dengan nama pelapis-pelapis pelakon hero Malaysia yang lain.
”Tujuan saya memasuki industri ini atas dasar minat yang tinggi terhadap bidang lakonan. Kehadiran saya bukan untuk menggantikan sesiapa. Bagi saya memang perlu ada pelbagai jenis hero baru industri kita berkembang. Setiap genre filem ada heronya tersendiri. Sehingga kini watak idaman saya masih belum lagi diilhamkan disini. Saya menyukai watak-watak silent beremosi. Watak yang memerlukan visual play yang kuat seperti watak utama dalam filem Apocolypto atau watak Kevin Costner dalam filem Mr. Brooks.” ujarnya lebih lanjut.
![]() |
| Jehan Miskin |
Jika di Hollywood ada diantara pelakon-pelakon mereka terpaksa melalui transformasi badan untuk menghidupkan watak seperti Renee Zwellwegger dalam Bridget Jone’s Diary, Tom Hanks dalam Castaway atau yang lebih drastik seperti Christian Bale dalam filem The Machinist. Bagi Jehan Miskin semua itu sanggup dilaluinya juga demi kepentingan watak tersebut tapi ia mestilah berbaloi.
”Kita kena lihat pulangan dalam soal ini. Pelakon kita di Malaysia ini ramai yang dedicated tetapi pulangannya agak biasa sahaja. Bayaran yang mereka terima disana untuk menjalani transformasi cukup setimpal dengan apa yang mereka perlu lalui. Mereka mempunyai pakar-pakar nutritionist, fitness trainer dan sebagainya untuk mengembalikan keadaan mereka pada sedia kala. Tiada risiko bagi mereka selepas selesai penggambaran. Insyallah satu hari nanti industri filem Malaysia akan memerlukan pelakon-pelakon kita menjalani transformasi itu. Sekarang pun pelakon perempuan sudah kena botakkan kepala.” katanya sambil tersenyum.
Kini Jehan sedang membuat persiapan menjalani latihan silat selama 2 bulan sebelum mulanya penggambaran bagi filem terbaru beliau dibawah arahan Raja Mukhriz, RANSAN.
”Filem ini idea hebat Raja Mukhriz yang begitu ambitious. Ia merupakan trilogy filem aksi fantasi yang mengetengahkan aksi-aksi silat yang akan menjadi kekuatan filem tersebut. Kebanyakkan set dalam filem ini perlu dibina untuk mewujudkan kota Ransan tersebut. Disebabkan ketelitian beliau yang inginkan terbaik untuk filem tersebut penggambaran yang dijadualan bermula pada November lalu terpaksa ditangguhkan selama 6 bulan lagi kerana ingin menyiapkan set-set tersebut dengan sebaiknya.” katanya.