Sinema Malaysia - Artikel
Anda berada di : Utama > Artikel > Berita
Berita
 

22 September 2008

SEMINAR MENJEJAK PEMIKIRAN MAMAT KHALID MENDAPAT SAMBUTAN
Oleh : Mohd Suhairi B. Mat Johor
 

SEMINAR yang bertajuk Menjejak Pemikiran Mamat Khalid yang diadakan pada 15 September lalu di Pawagam Mini P Ramlee, FINAS mendapat sambutan yang amat menggalakan. Seminar yang dihadiri lebih dari 150 orang terdiri dari pengarah-pengarah filem, penerbit, pelakon dan pelajar-pelajar dari UiTM.

  

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah FINAS En. Mahyidin Mustakim berasa amat berbangga dengan kehadiran, sokongan dan galakan dari pelbagai pihak yang hadir. Beliau turut mengalu-alikan sebarang kerjasama dalam menjayakan program apresasi tokoh atau karya filem.

Mamat Khalid dikenali sebagai pengarah genre komedi. Disebalik tawa akan kelucukan menerusi filem arahannya, beliau menyelitkan falsafah dan mesej tersirat yang kadang-kadang sukar difahami oleh penonton. Tidak dinafikan cerita yang di persembahkan dalam filem-filem arahannya nampak seperti merapu bahkan Mamat Khalid dianggap ‘pengarah kampung’ kerana kebanyakkannya filem beliau berlatarbelakang suasana kampung.

Kemampuan beliau dalam memenangi Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 21 bulan lalu, menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang membuktikan beliau bukan ‘merapu’ sembarangan. Oleh yang demikian pihak INKEM dengan kerjasama FINAS dan UiTM telah menganjurkan seminar tersebut bagi mendalami secara dekat lagi pengalaman dan pemikiran Mamat Khalid.

Seminar dikendalikan Dr Mahadi J Murad itu menampilkan empat panel iaitu Mamat Khalid, Pensyarah UiTM, Dr Zulkifli Mohamad dan Norman Yusof serta pengkritik filem, A Wahab Hamzah.

Kata Mamat, “sewajarnya masyarakat perlu faham apa yang pengarah atau pembikin filem mahu buat dalam filem berkenaan dan kita tidak boleh terus menghukum apabila cerita yang dipaparkan tidak kena dengan kemahuan kita. Sesuatu filem yang saya hasilkan berbeza dan mempunyai identiti tersendiri, sebagai contoh filem Rock, hanya golongan rockers yang faham akan jalan ceritanya. Jika penggemar filem romantik pastinya mereka tidak tahu apa hendak di tonjolkan.” Katanya.

  

Dr. Zulkifli pula berkata,” setaip filem Mamat mempunyai elemen budaya yang sarat dengan mesej menggunakan kiasan supaya orang berfikir” katanya.

Sementara itu A Wahab berkata” Saya lihat pemikiran Mamat lebih menarik dan halus menerusi filem Zombie Kampung Pisang berbanding Kala Malam Bulan Mengambang kerana ia setia dengan genre Zombie yang menonjolkan bagaimana kapitalis meragut kejujuran orang kampong sehingga memusnahkan tamadun” katanya.

Bagi Norman pula,” cerita Mamat banyak memaparkan keadaan sosial dan politik semasa filem Lang Buana dan Man Laksa. Orang yang menonton filemnya boleh bertelagah menentukan konsep kerana ia sarat dengan satira, komedi, nostalgia dan parody. Banyak filem dihasilkan Mamat dekat dengan kehidupan masyarakat seperti sirih pulang ke ganggang,”katanya.

Profil Berkaitan

 Mamat Khalid    Kala Malam Bulan Mengambang     Rock    Lang Buana    Man Laksa    Zombie Kampung Pisang  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD