![]() |
| Barisan pelakon dan penerbit filem Santau. |
Setelah mendapat kutipan box-office yang cukup memberangsangkan menerusi filem-filem seram terdahulu terbitan Metrowealth seperti Jangan Pandang Belakang dan Congkak, kini mereka merealisasikan sebuah lagi filem seram yang berjudul SANTAU yang dianggarkan menelan kos pembikinan RM1.5 juta termasuk kos promosi yang telah memulakan penggambaran semalam di sekitar Lembah Klang.
![]() |
| Majlis Doa Selamat yang diadakan di pejabat Metrowealth |
Satu majlis kesyukuran dan doa selamat telah diadakan di Regalia Business Centre, Subang Jaya pada 2 Jun lalu. Menurut David Teo, MIG kini sedang bergiat aktif untuk menghasilkan pelbagai terbitan drama, telefilem dan juga filem dalam tahun ini. Beliau juga berharap filem Jangan Pandang Belakang Congkak yang baru memulakan tayangan pada 4 Jun lalu akan mendapat sambutan yang baik. Buat masa ini terdapat dua filem baru iaitu Remp-It V3 dan Senario The Movie 2 yang masih menunggu tarikh tayangan. Kejayaan filem Syurga Cinta yang telah meraih kutipan box-office RM2.1 juta selepas 11 hari tayangan menjadi pembakar semangat mereka untuk menghasilkan filem-filem yang lebih baik untuk tayangan pawagam kelak.
David Teo selaku penerbit filem ke-34 terbitannya itu percaya bahawa penonton di Malaysia masih mempunyai minat yang tinggi terhadap filem bergenre sedemikian. Beliau menjanjikan bahawa filem seram ini akan membawa satu pembaharuan yang segar buat peminat filem-filem tersebut.
![]() |
| Esma Danial, Farisya Fatin, dan Putri Mardiana |
"Filem ini akan menggunakan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX bagi melengkapkan kepuasan ketika menontonnya. Melalui filem-filem seram terbitan Metrowealth (MIG) sebelum ini yang juga menggunakan sistem bunyi SRD telah terbukti membuatkan sesebuah filem itu lebih berkualiti dan berkesan di hati penonton.”
”Pemilihan Azhari Zain dibuat atas dasar komitmen dan dedikasi beliau dalam menimba ilmu perfileman termasuklah pengalaman beliau menjadi penolong pengarah untuk filem Anak Mami arahan Prof. A. Razak Mohaideen pada tahun 2001. Beliau juga turut tergolong dalam senarai skim pengarah muda MIG selepas Pierre Andre, Norliana Samsuddin dan Farid Kamil. Pemilihan beliau selaku pengarah bakal memberi satu kelainan dan ini adalah satu cabaran yang hebat bagi beliau untuk mengarah filem seram selain skrip-skripnya yang padat dengan mesej-mesej yang boleh menjadi iktibar dan panduan masyarakat pada masa kini," jelas David.
![]() |
| Esma Danial Bin Mohd Isa |
Beliau juga berkata filem ini akan memperkenalkan seorang pelakon wanita baru di bawah naungan MIG sebagai peneraju watak utama iaitu Putri Mardiana yang merupakan pemenang tunggal kategori lakonan program Worldstar Road to Hollywood baru-baru ini.
“Kita tidak boleh selalu mempertaruhkan pelakon-pelakon yang sama atau popular sebagai watak utama untuk filem. Penonton akan naik jemu jika kita kerap sogokkan muka yang sama sahaja. Kita perlu beri peluang kepada pelapis baru dan juga mereka yang berbakat walaupun kurang popular untuk memberikan satu kelainan dalam setiap filem baru kami.” katanya.
Beliau akan diiringi oleh pelakon-pelakon lama seperti Esma Daniel, Zul Handy Black, Riezman Khuzaimi, Hafidzuddin Fadzil, Bob Lokman, Hisham Ahmad Tajuddin, Mariani dan pelakon muda iaitu adik Farisya Fatin.
![]() |
| Putri Mardiana |
Santau
Jangan Pandang Belakang Congkak
Jangan Pandang Belakang
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
David Teo
Syurga Cinta
Esma Danial
Riezman Khuzaimi