![]() |
| LAWAK... Senario masih lagi berbisa. |
Aidilfitri 2007 ini hampir seluruh pawagam di Malaysia bakal digamatkan oleh gelak ketawa penonton filem terbitan Metrowelth (MIG) dengan usahasama Grand Brilliance dan Golden Screen Cinemas. Sebanyak 65 salinan filem ‘Senario The Movie Episode 1’ bakal diedarkan untuk tayangan di seluruh negara pada 1 Oktober nanti. Filem yang digelar ‘Komedi Gila’ oleh pengarah filem itu sendiri, Ahmad Idham, jelas mempunyai sentuhan yang berbeza dari filem-filem Senario terdahulu.
![]() | ![]() |
“Judul ‘Episode 1’ dipilih kerana filem ini mengisahkan sejarah awal ahli Senario sebelum popular, selain membawa erti simbolik filem genre ‘Komedi Gila’ yang pertama arahan saya” jelas Ahmad Idham semasa ucapan majlis tayangan pratonton bersama media di TGV Mines pada Jumaat, 12 September yang lalu.
Bila ditanya adakah beliau khuatir filem arahannya ini akan dibuat perbandingan dengan filem-filem Senario terdahulu arahan oleh Aziz M.Osman, beliau berkata “Saya sentiasa lihat diri saya ibarat ahli perniagaan di industri ini. Saya tidak perlu risau dengan isu yang tidak bawa kita ke mana-mana. Yang paling penting, orang ramai yang bakal keluar beramai-ramai untuk menonton filem ini akan terasa terhibur di Hari Raya nanti”.
“Saya bersama Senario telah sama-sama berkerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini.” tambah beliau lagi.
Menerbitkan sebuah filem yang dibintangi oleh kumpulan Senario merupakan satu cabaran besar kepada David Teo selaku Ketua Pengarah Urusan MIG Production Sdn. Bhd. Lebih-lebih lagi filem terakhir kumpulan tersebut berjudul “Senario Memburu Emas Yamashita” terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd telah mengalami kerugian dengan hanya berjaya memungut hasil kutipan sebanyak RM1 juta (kutipan wajib tayang). “Kami sentiasa menganggap seketul batu jika dilontarkan ke Metrowelth boleh ditukarkan menjadi seketul emas” seloroh David Teo yang yakin pelaburan modal sebanyak 1.65 juta untuk pembikinan filem ini boleh membawa pulangan kutipan melebihi 4 juta.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Senario The Movie Episod 1 merupakan filem Senario yang pertama dilengkapi dengan sistem Dolby Digital Surround Ex (SRD) bagi mendapatkan kesan khas suara yang lebih baik. Filem ini juga adalah filem pertama dari 3 buah filem melibatkan Senario bakal diterbitkan oleh Metrowelth. Filem kedua yang bercorak seram kini dalam proses pembikinan skrip dan dijangka akan memulakan pengambarannya pada awal tahun depan.
Kumpulan Senario yang kini dianggotai oleh Azlee, Mazlan dan Wahid mempunyai misi tersendiri dalam menaikkan semula populariti kumpulan lawak tersebut di hati peminat. “Kami telah sepakat dan tekad untuk meneruskan perjuangan Senario” ujar Azlee dengan penuh semangat bagi menepis desas-desus kumpulan tersebut telah hilang kepopularitinya.
“Sebahagian kisah ini memang berdasarkan kisah benar kami bertiga. Cuma filem ini telah melengkapkan lagi cita-cita saya untuk memakai pakaian Tarzan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur tanpa ditahan oleh DBKL.” ujar Mazlan sambil sempat berjenaka ketika ditemui SM pada Majlis Berbuka Puasa di Restoran Lemon sejurus selepas majlis tayangan pratonton tersebut.
![]() | ![]() |
Senario The Movie: Episode 1
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Ahmad Idham
David Teo
Mazlan Pet Pet
Azlee Senario
Wahid Senario
Artikel Terkini