Sinema Malaysia - Artikel
Anda berada di : Utama > Artikel > Pengumuman
Pengumuman
 

07 Januari 2010

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI

Salam Tahun Baru!

Sukacita dimaklumkan Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri telah dilancarkan pada 29 Disember 2009 oleh YAB Perdana Menteri sendiri di Kota Kinabalu, Sabah sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2009.

Pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta RTM sebagai Rakan Media.

Pertandingan ini telah bermula pada 29 Disember 2009 dan bakal berakhir pada 19 Februari 2010. Ia dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah warga Malaysia berusia 7-17 tahun.

Borang dan syarat pertandingan juga boleh dimuat turun dari laman web www.pos.com.my atau www.skmm.gov.my . Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Pos Malaysia Berhad di talian 03-2267 2000 atau emel kepada Sekretariat Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri di azira@pos.com.my atau mariati@pos.com.my

Kami memohon sokongan tuan/puan dalam memanjangkan lagi maklumat berkenaan pertandingan ini ke bahagian/jabatan/ Kementerian tuan/puan, justeru menggalakkan lebih banyak penyertaan dari anak-anak di kalangan para pegawai dan staf di bahagian/jabatan/ Kementerian tuan/puan sekalian.

Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD