![]() |
| Barisan pelakon, penerbit dan krew Jangan Pandang Belakang Congkak |
Bertempat di Cathay Cineleisure, Damansara telah berlansungnya majlis 'Pra-Tonton' filem terbaru dari Metrowealth berjudul JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK arahan Ahmad Idham yang akan memulakan tayangan bermula esok. Filem ini membariskan pelakon-pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi penampilan khas. Filem bergenre komedi seram ini telah menjalani penggambaran di sekitar Perlis dan Alor Setar. Kos penerbitan termasuk promosi filem dan pengedaran berjumlah RM1.85 juta
![]() |
| Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy dan Lisa Surihani |
Filem ini mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet), Asmat (Cat Farish) dan Johan (Sam Shaheizy) yang mewarisi harta peninggalan datuknya, Pak Sudir (Piee) yang meninggal dunia. Untuk mendapatkan harta peninggalan tersebut mereka dikehendaki bermalam di rumah datuknya selama 3 malam. Tetapi mereka bertiga tidak tahu tujuan sebenar datuk mereka yang ingin mewariskan saka miliknya kepada cucu-cucunya.
Apabila tiba di rumah tersebut mereka telah diberi amaran supaya tidak menyentuh barang-barang yang terdapat di dalam rumah itu. Pada malam pertama mereka di situ, mereka seolah-olah terpanggil untuk memasuki sebuah bilik yang mempunyai sebuah congkak lama. Tanpa mengendahkan pesanan datuknya, mereka telah menyentuh congkak tersebut dan ternampak jampi yang terdapat di belakang congkak itu. Tanpa disedari saka-saka tersebut telah meresap ke dalam diri mereka yang menjadikan mereka hantu raya, orang minyak dan toyol.
![]() |
| Lisa Surihani |
Menurut kata Ahmad Idham filem ini bukan kesinambungan dari dua filem yang pernah diarahnya itu. Ia hanya satu idea spontan yang menggabungkan dua tajuk filem itu sahaja tetapi menceritakan kisah yang berbeza.
"Orang kata saya ini seorang pengarah yang suka menakut-nakutkan orang Malaysia dengan filem-filem seram saya. Saya juga dikatakan melarikan akidah mereka melalui filem-filem tersebut. Jadi bila mereka bertanya filem seram apa yang saya hendak buat selepas ini, saya dengan spontan jawab Jangan Pandang Belakang Congkak. Mereka gelak pada judul filem itu. Pada masa itu baru timbul idea untuk menghasilkan sebuah filem komedi dan sulamkan sedikit elemen seram. Tujuan saya menghasilkan filem ini supaya penonton dapat berhibur bersama keluarga ketika menontonnya di pawagam nanti. Barisan pelakon ini dianggap satu kombinasi yang sangat menarik kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang saya harapkan," katanya ketika ditemui selepas tayangan prebiu filem tersebut.
![]() |
| Bob Kuman |
Filem ini merupakan sebuah filem yang ringan dan mudah difahami penonton. Tidak perlu untuk berfikir secara mendalam tentang apa yang cuba disampaikan dan pada masa yang sama dapat berhibur. Ternyata lawak-lawak yang diketengahkan dalam filem tersebut bukanlah lawak-lawak 'bodoh' yang tidak menjadi. Pada mulanya apabila kita melihat 'line-up' watak utama untuk filem ini kita mungkin merasakan yang elemen komedi itu kebanyakannya datang daripada Mazlan Pet Pet tetapi Cat Farish dan Sam juga berjaya memberikan lakonan komedi yang mencuit hati.
![]() |
| Zarina (AF2), Mas Muharni, dan Dina |
Jangan Pandang Belakang Congkak
Ahmad Idham
Mazlan Pet Pet
Cat Farish
Shaheizy Sam
Lisa Surihani
Azlee Senario
Piee
Zarina Zainoordin (AF2)
Mas Muharni
Bob (KU2)@Kuman
Artikel Terkini