![]() |
| KELAINAN... Filem Sepi pasti menyajikan satu kelainan yang bakal menusuk jiwa. |
Filem yang menelan belanja RM1.5 juta arahan Kabir Bathia ini kembali menggamit emosi penonton pada 26 jun ini dengan filem arahan terbaru beliau berjudul ‘Sepi’. Filem yang berdurasi 108 minit ini telah disunting sebanyak dua kali dari durasi asal filem terbabit mencecah 220 minit. Filem terbitan Alternate Studio, anak syarikat Grand Brilliance Sdn Bhd itu telah menjemput Sinemamalaysia bagi menyaksikan sesi pratonton (‘Press Preview’) filem tersebut di Golden Screen Cinema di One Utama, Damansara bagi menyaksikan sendiri kekuatan dan kelainan filem tersebut yang dikhuatiri akan menyamakan filem tersebut dengan filem yang sebelumnya iaitu filem ‘Cinta’.
![]() | ![]() |
Dalam sesi temubual mereka berkata:,
Ahmad Puad Onah (Penerbit)
"Kos pembikinan filem ini termasuk kos pembikinan dan promosi berjumlah 1.5 Juta ringgit. Filem ini mengambil masa selama 35 hari shooting di lokasi. Saya berharap bahawa penonton tidak bandingkan filem SEPI dengan filem CINTA."
Khabir Bhatia (Pengarah)
" Filem Sepi dengan filem Cinta jauh berbeza. Kedua-dua filem ini berbeza dari struktur penceritaan dia. Saya dan team produksi filem Sepi ini telah memberi 100% bagi menghasilkan yang terbaik buat penonton semua."
Afdlin Shauki (Pelakon)
"Saya berminat dengan cara penceritaan filem tersebut. Saya kagum dengan keberanian filem seperti ini yang membawa kelainan dalam industri perfileman tanahair dan seharusnya diketengahkan bagi mengangkat industri kita."
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Pierre Andre (Pelakon)
" Saya apabila diberi skrip untuk filem tersebut saya terus jatuh cinta dengan watak tersebut. Saya berterima kasih kepada Kabir kerana memberi peluang kedua kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada karya kedua beliau ini."
Tony Eusoff (Pelakon)
" Saya begitu selesa ketika membawa watak itu. Saya merasakan bahawa filem tersebut begitu matang dari segi penceritaan dan saya percaya bahawa filem sebegini boleh membawa kita ke hadapan"
Eja (Pelakon)
" Filem ini mempunyai unsur Intelektual, spiritual dan juga pergolakkan emosi. Saya berharap supaya jangan dibandingkan filem Sepi dengan filem Cinta kerana setiap filem ada kelebihan tersendiri."
Mira (Penulis Skrip)
" Filem ini sangat berbeza dari struktur penceritaan. Cerita yang terkandung dalam filem ini boleh hidup tanpa cerita lain. Yang memberi kelainan dalam filem ini dimana terjadi satu tragedi yang bakal mengubah hidup mereka. Jada saya sarankan supaya jangan bezakan filem ini dengan filem Cinta. "
![]() | ![]() |
Ternyata filem ini berlainan dengan filem ‘Cinta’, ‘Sepi punyai tiga cerita yang kuat dalam satu tajuk malah mempunyai sinematografi paling cantik yang pernah di tonton. Filem ‘Sepi’ persembahkan barisan pelakon hebat daripada nama terkenal yang pernah menjulang pelbagai anugerah seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff, Riezman Khuzaimi serta dua wajah baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein.
Sepi
Puad Onah
Kabir Bhatia
Afdlin Shauki
Pierre Andre
Tony Eusoff
Eja
Mira Mustaffa
Artikel Terkini