![]() |
| Barisan pelakon utama filem Sayang. |
Gerak, Muzik & Kasih Sayang adalah satu fenomena!
Kata-kata inilah yang menjadi nadi kekutan filem terbaru dari Hock Star Entertainment Industri Berhad, Sayang You Can Dance (SUCD). Selepas filem Possessed diangkat sebagai pemenang bagi kategori Filem Terbaik (Bukan Bahasa Malaysia) di Festival Filem Malaysia ke 20, pengarah Bjarne Wong kini kembali dengan filem terbaru rentak cinta remaja beliau. Filem SUCD akan mulakan tayangannya pada 12 Mac ini di seluruh negara. Filem ini buat pertama kali menggandingkan hero dari seberang, Samuel Rizal dengan pelakon berbakat tanahair Sharifah Amani. Selain dari itu turut membintangi filem ini ialah Dafi, Ebi Kornelis, Alam, Carmen Soo, Smyth Wong, Azim & Dominique Chiu.
![]() |
| FENOMENA.... Gerak tari mereka. |
Pada 5 Mac lalu telah berlangsung majlis sesi pratonton filem SUCD di GSC Midvalley, Bangsar. Filem ini mengisahkan Mia watak Sharifah Amani seorang anak gadis dari keluarga berada yang baru kembali ke Kuala Lumpur setelah menghabiskan pengajian beliau di Singapura. Dia yang berpewatakan manja serta lincah itu menggemari dunia tarian tetapi ditentang keras oleh bapanya. Tetapi tanpa disangka Remie, lakonan Samuel Rizal, seorang penari yang berbakat besar telah hadir dalam hidupnya dan kehadiran Remie telah mengubah hidup Mia buat selama-lamanya.
Menurut Bjarne pencarian watak Remie adalah cabaran yang besar buat mereka. Begitu juga dengan watak Mia, dimana watak ini perlu dilakonkan oleh seseorang yang berkarisma dan ada keinginan untuk mempersembahkan daya tarikan dirinya.
![]() |
| Antara babak tarian menarik dalam filem Sayang. |
"Kami tahu ia adalah satu cabaran bagi kami untuk mencari seseorang yang berkualiti dan benar-benar boleh menghayati watak tersebut. Kami mengimaginasikan seorang yang berkarismatik tetapi penuh dengan masalah; seorang yang keras hati tetapi dikagumi; seorang yang kasar tetapi romantik; dan berbakat besar dalam bidan tarian. Selepas kami menyaksikan gerak tari Samuel, kami betul-betul teruja dan kagum dengan rentaknya. Kami memerlukan seseorang yang mempunyai keyakinan dan daya tarikan yang tinggi dan semuanya ada pada Samuel." katanya.
![]() |
| Alam |
Bagi Sharifah Amani, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19, filem ini merupakan sebuah kisah cinta yang mudah. Menurut beliau filem ini ada daya tarikannya tersendiri dimana filem ini berjaya menggabungkan pelbagai bahasa di dalam satu filem.
"Penggambaran filem ini dijalankan selama sebulan di Sarawak. Bila kita masuk set bermacam-macam krew yang ada dekat situ dan pelbagai jenis bahasa yang digunakan. Mana dengan Bahsa Kantonis sebab Koreografer berasal dari Hong Kong. Selain itu ada juga bahasa Indonesia dan Bahasa Sarawak digunakan oleh krew-krew lain. Walaupun berlainan bahasa kami tetap memahami satu sama lain. Kami semua bergerak macam satu keluarga di set."
"Saya amat mengagumi Mia kerana ia amat berlainan dari karekter sebenar diri saya. Mia adalah seorang yang menarik, dari raut wajahnya dan juga pergerakkannya. Saya sebenarnya seorang yang gila-gila tetapi untuk watak ini saya perlu menjadi seorang gadis yang manis dan ayu. Ini telah memberikan cabaran besar bagi saya untuk menghidupkan watak tersebut." jelasnya lagi.
Bagi Samuel Rizal antara cabaran awal beliau dalam filem ini ialah sesi latihan tarian sebelum memulakan penggambaran.
"Proses latihan jauh lebih sukar daripada apa yang saya jangkakan disebabkan waktu yang terhad untuk berlatih. Semuanya tidak akan berjalan dengan lancar tanpa bimbingan dari koreografer professional kami. Beliau memberi kepercayaan yang tinggi pada saya, walaupun dengan kesukaran berkomunikasi, kami tetap menamatkan latihan intensif tersebut dengan lancar" ujar Samuel.
![]() |
| ROMANTIS....kisah cinta mereka dalam filem Sayang. |
Sayang You Can Dance
Bjarne Wong
Sharifah Amani
Samuel Rizal
Hock Star Entertainment Industry Bhd
Artikel Terkini