![]() |
Bangsar – Bertempat di Golden Screen Cinema, Mid Valley berlangsungnya majlis ‘Pra Tonton’ ANTOO FIGHTER arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan terbitan Grand Brilliance dengan usahasama Imagebox Sdn. Bhd. Filem tersebut akan ditayangkan pada 27 November ini yang membariskan pelakon seperti Awie, Radhi OAG, Scha, Bell Ngasri, Bront Palarae dan Harun Salim Bachik. Kos perbelanjaan sebanyak 2.5 juta termasuk promosi telah diperuntukkan bagi menghasilkan filem sebegini yang berunsur seram komedi. Kelainan yang cuba ditonjolkan buat pengarah baru ini menjanjikan sesuatu yang belum pernah dilihat dimana 70 peratus dari filem ini menggunakan teknik CGI.
Idea yang dihasilkan untuk filem ini amat bergantung pada imaginasi tinggi Azizi, lalu direalisasikan jalan cerita tersebut dalam bentuk visual dan penerapan teknik CGI. Walaupun dikatakan filem tersebut membayangi filem terkenal Hollywood, Ghostbusters tetapi jalan penceritaan yang lebih menarik membawa unsur filem itu bercitra Malaysia.
“ Saya berharap penonton dapat melihat filem ini dalam perspektif baru dan tak perlu diteliti mendalam oleh mereka. Memadai hanya sekadar menonton filem tersebut untuk ‘enjoy’. Siapa lagi yang hendak sokong filem kita kalau asyik diberi kritikan” jelas Azizi semasa ucapan majlis tayangan pratonton bersama media Jumaat lalu.
Bila ditanyakan tujuan beliau menghasilkan filem sebegini, beliau berkata “ Tujuan saya menghasilkan filem ini untuk mewarnai dunia perfileman tanah air kita dan perbanyakkan jenis filem kita. Anggaplah saya ini sebagai salah satu perisa baru dalam dunia perfileman.”
![]() | ![]() |
Manakala Asrull Hisyam yang bertanggungjawab dalam penggunaan teknik CGI mengatakan bahawa filem ini adalah permulaan bagi para penggiat filem dan mereka yang berminat dalam teknik CGI seperti yang mereka pelajari waktu di kolej dahulu untuk menghasilkan lagi banyak konsep filem yang mempunyai teknologi sebegini.
Menurut Pengurus Besar Filem dan drama Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, memang tidak mustahil filem ini bakal menjadi filem popular untuk 2008. Di dalam ucapan majlis pra-tonton Antoo Fighter, beliau berkata
“Untuk menghasilkan sebuah filem yang jalan ceritanya banyak menggunakan imaginasi tidak mudah. Filem ini mengambil masa yang lama kerana hendak menentukan corak filem tersebut dan penggunaan teknik CGI. Penggunaan teknik CGI dalam filem ini bukan saja baik, malah diimbangi jalan cerita menarik yang bercitra Malaysia. Kami amat berbangga kerana filem ini dihasilkan sepenuhnya oleh orang Malaysia dengan lakonan mantap, gandingan muka lama dan baru.”
“Selain itu, skor muzik asal filem ini yang berunsur supernatural juga amat bersesuaian dengan tema filem Antoo Fighter. Diperkuatkan lagi dengan solekan dan kostum yang direka untuk setiap watak-watak yang terdapat dalam filem ini dapat menghidupkan karakter tersebut ke layar perak. Kami juga amat bersyukur kerana filem ini diluluskan sepenuhnya oleh Lembaga Penapisan Filem tanpa sebarang potongan.”
![]() | ![]() |
Antoo Fighter
Azizi Chunk
Puad Onah
Asrull Hisyam
Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Artikel Terkini