![]() |
| MERIAH... Para barisan pelakon yang menjayakan acara tersebut. |
Bangsar – Bertempat di Golden Screen Cinema, Mid Valley berlangsungnya ‘Press Preview ‘ Apa Kata Hati arahan Saw Teong Hin terbitan Tayangan Unggul dengan kos perbelanjaan RM1.4 juta. Filem Apa Kata Hati yang bergenre komedi romantik dan sesuai ditonton seisi keluarga ini menghiburkan apabila penyanyi rock terkenal Malaysia, Awie buat pertama kalinya melakonkan watak sebagai lelaki lembut sekaligus mencabar watak sebenar Awie yang terkenal dengan aksi-aksi ganas dan ‘brutal’.
Penulis skripnya Meor Shariman telah mencetus kelainan dalan bentuk penyampaian cerita dengan menjadikan Farah yang memegang watak sebagai Elly telah mendapat anugerah apabila mampu mendengar kata hati lelaki. Saw Teong Hin turut menjadikan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai lambing cinta sejati antara watak Elly (Raja Farah) dan Aidil (Farid Kamil).
Filem Apa Kata Hati turut menampilkan Dynas, Awal Ashaari, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik, AC Mizal dan 17 pelakon ‘cameo’ seperti Sofea Jane, Erma Fatima, Rosyam Nor, Vanidah Imran, Umie Aida dan bintang-bintang AF5 iaitu Mila, Dafi dan Farha.
![]() | ![]() |
| Majlis diserikan lagi dengan Farid Kamil diangkat menjadi duta A-Look | SEGAK.. Farid Kamil bersama wakil dari A-Look di upacara tersebut. |
Barisan artis Apa Kata Hati yang hadir telah ditemu bual berkata;
Awie
Apa pendapat Awie tentang melakonkan watak Sophie?
"Saya dah buat yang terbaik sepertimana yang diharapkan pengarah"
Kenapa Awie mengambil watak ini?
"Saya mengambil watak ini kerana tidak mahu menghadkan lakonan saya. Saya hendak "improve" sebagai seorang pelakon dan saya telah cuba bawa watak itu sedaya yang mampu".
Saw Teong Hin
Apa cabaran yang Tiong Hin hadapi ketika membuat filem ini?
"Saya mempunyai lebih "respect" pada local film-makers yang membuat filem dengan cara begini"
Kenapa filem ini mempunyai ramai artis jemputan?
"Filem ini mempunyai artis-artis tersebut kerana saya meminati hasil kerjaya mereka. Saya jarang membuat filem dan apabila saya berpeluang untuk berkarya saya mengambil masa ini untuk dapat berkerja dengan mereka."
![]() | ![]() |
| KEMBALI.. Saw Teong Hin pertaruhkan filem komedi beliau. | SUKAR.. Awie menyatakan cabaran yang dia lalui membawa watak Sophie. |
Ogy Ahmad Daud
Apa perasaan Kak Ogy kembali ke layar perak setelah 14 tahun tidak muncul?
"Hasil filem ini di luar jangkaan dan saya amat memuji Saw Teong Hin kerana telah melakukan karya yang cukup baik. I absolutely enjoyed myself ketika membuat penggambaran filem tersebut kerana dapat bergaul dengan pelakon-pelakon baru. Saya boleh kata bahawa Teong Hin adalah seorang "Actors Director" yang bijak mengarah pelakon-pelakonnya. Dia seorang yang begitu terperinci tentang apa yang dia mahukan untuk menghasilkan yang terbaik"
Harun Salim Bachik
"Ia adalah satu penghargaan untuk dapat berkerja bersama Ogy Ahmad Daud, Saw Teong Hin dan Tayangan Unggul"
Dynas
"Saya berasa syukur Alhamdullilah kerana watak yang saya bawa itu amat berlainan dengan diri saya. Saya juga berasa lega kerana saya mampu membuat penonton ketawa. Filem ini something different. Saya berharap ia dapat menyentuh perasaan penonton"
![]() | ![]() |
| MENYENGAT.. Ogy Ahmad Daud masih sehebat 14 tahun dahulu. | MESRA... Para pelakon utama film Apa Kata Hati di sidang media. |
Filem yang berdurasi lebih kurang 100 minit ini amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutama pada mereka yang sedang dilamun cinta. Saksikan filem komedi romantik Apa Kata Hati di layar perak pada 29 Mei 2008 di 41 pawagam seluruh Malaysia.