![]() |
Short Shorts Film Festival & Asia 2010 di Malaysia (SSFF & ASIA 2010) akan diadakan pada 1hb Oktober hingga 3hb Oktober 2010. Aktiviti-aktiviti utama ialah tayangan filem pendek dari seluruh Asia sebanyak 26 buah filem termasuk filem pendek dari Malaysia. Simposium dan ceramah berkaitan perfileman juga akan diadakan sempena festival ini. Orang ramai di jemput menghadiri SSFF & Asia 2010. Masuk adalah percuma, sebarang maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Latihan Perfileman di talian 03-41041372 / 73 / 75 / 78 & 03-41041402
![]() |
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Malam Bersama Bintang yang berlangsung pada setiap jumaat minggu pertama akan dihentikan sementara bermula bulan Ogos sehingga ke bulan September bagi menghormati bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba. Sehubungan itu, Program Malam Bersama Bintang akan bersambung semula seperti biasa pada bulan berikutnya iaitu pada bulan Oktober. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-4104 1300
![]() |
Pada 14 Januari 2010 yang lalu, negara kita kehilangan seorang lagi pelakon terkenal apabila Ahmad C meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor dalam usia 78 tahun. Ahmad C atau nama asalnya Ahmad b. Hamid meninggal dunia akibat sakit paru-paru sejak lima tahun yang lalu. "Kalau tidak kerana jasa Ahmad C, kemungkinan P. Ramlee tidak lahir sebagai seorang seniman besar negara", begitulah satu kisah istimewa Ahmad C yang mungkin tidak diketahui ramai orang.
![]() |
TANGGAL 31 Mei datang lagi. Detik itu pasti lebih dekat terkenangkan lagi Tan Sri P. Ramlee lewat karya filem dan lagu hebatnya. Tahun ini bererti sudah 37 tahun Seniman Agung itu pergi buat selama-lamanya. Mungkin ada pihak yang kata sudah bosan bercakap mengenai P. Ramlee. Mungkin juga ada pihak yang muak dengan filemnya yang saban hari dan minggu ditayangkan di kaca TV, terutama menerusi TV2, Astro Prima mahupun TV9.
![]() |
Perkembangan industri perfileman dan penyiaran tanah air secara tidak langsung memberikan kesan yang besar terhadap pertambahan bilangan artis khususnya pelakon dalam bidang ini di Malaysia. Dari trend pertambahan yang mendadak, sesetengah pihak skeptikal terhadap kemampuan para pelakon ini yang kebanyakannya tidak mempunyai latar ilmu lakonan secara formal. Ramai juga yang mempertikaikan kesan yang di bawa dari senario ini terhadap pengukuhan industri ini dalam jangka masa panjang.
![]() |
![]() |
RUANG, masa dan insiden yang sudah berlaku ada kalanya penting untuk dinilai, dikupas dan diperiksa semula, apatah lagi membabitkan kepentingan sesebuah negara, masyarakat dan rakyatnya. Fakta, realiti dan interpretasi harus dirangkum dalam sebuah penceritaan untuk menyampaikan mesej, pengajaran, nilai moral dan juga propaganda. Sejauh mana ia diterima sebagai dokumentari yang bagus atau baik, bergantung pada perspektif atau corak penerimaannya sama ada pihak yang menghasilkan dokumentari itu atau pihak yang menonton dokumentari itu.
![]() |
Dokumentari adalah berasal dari kata dasar `document` yang memberi makna `to document reality`. Dokumentari merujuk kepada rakaman bersifat non-fiksi yang berperanan dalam memaparkan realiti kehidupan melalui rakaman kamera bagi membolehkan ia ditonton, difahami dan `dinikmati` merentas masa dan ruang. Dokumentari dianggap sebagai asas dalam penceritaan visual.
![]() |
Faridah Ibrahim merupakan Profesor Madya dalam bidang kewartawanan. Berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Komunikasi Massa (UiTM), Sarjana dalam Kewartawanan (University of Missouri-Columbia, USA) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Kewartawanan dan Komunikasi Keorganisasian dari Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah menjadi Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (PPMK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Majlis Dekan / Ketua Pengajian Komunikasi Malaysia (COHECS) di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
![]() |
Sempena bulan Ogos yang akan datang, Galeri Perfileman mengadakan Pameran Filem Patriotik bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Pameran ini merupakan pameran kedua dalam siri Pameran Bertema Galeri Perfileman FINAS bagi tahun 2010. Perkembangan filem patriotik telah bermula sejak tahun 1950an lagi dan telah berkembang dengan pesat terutamanya sekitar tahun 2000an. Filem-filem yang berkaitan dengan elemen patriotisme telah banyak menyedarkan masyarakat pada hari ini melalui filem-filem yang memaparkan perjuangan rakyat zaman penjajahan dalam memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan daripada cengkaman penjajah.