Anda berada di : Utama > Filem > Masam Masam Manis


8619 dilihat
Masam Masam Manis
Pengarah : Tan Sri P. Ramlee
Syarikat Penerbit : Merdeka Film Productions Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 21 Ogos 1965


Pengarah
 
Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Cikgu Shaari (Pelakon Utama)
:
Norkiah (Pelakon Utama)
:
Ros (Pelakon Pembantu)
:
Salleh (Pelakon Pembantu)
:
Mak Minah (Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Penyunting)
:
(Penyunting)
:
(Muzik)
:
(Komposer)
:
(Jurusolek Artis)
 
Sinopsis:

NORKIAH HANUM datang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar untuk bekerja sebagai penari kelab malam.  Atas pertolongan teman baiknya (Rosnah), Norkiah dapat menyewa bilik di Lodging Mak Minah. Hari pertama berada di lodging tersebut, Norkiah sudah bertengkar (perang mulut) dengan "orang sebelah" biliknya (Cikgu Saari Sulaiman) kerana Norkiah membuat bising.  Norkiah dibantu oleh Rosnah mengemas dan membersihkan bilik sedangkan Cikgu Saari masih tidur.

Cikgu Saari di samping menjadi guru di Sekolah Kebangsaan, Ulu Klang juga bermain muzik di Copacabana Nite Club kerana minatnya terhadap muzik mendalam sekali.  Ini menyebabkan dia pulang ke biliknya lewat pagi dan sering tertidur ketika mengajar. Oleh kerana sudah enam kali didapati tertidur dalam bilik darjah oleh Guru Besar (Cikgu Basar), Cikgu Saari telah diberi kata dua oleh Cikgu Basar.  Katanya: "Jikalau Cikgu sayang kepada pekerjaan kelab malam, Cikgu berhentilah menjadi guru".  Disebabkan sayangkan pekerjaan guru, Cikgu Saari berjanji kepada Cikgu Basar yang dia tidak akan bekerja di kelab malam lagi.

Setelah selesai berurusan (menghantar surat dan duit) di Pejabat Pos, dan ketika menaiki bas Norkiah telah diekori oleh penyeluk saku.  Kebetulan pula Cikgu Saari turut menaiki bas tersebut. Semasa penyeluk saku sedang meraba-raba beg tangan Norkiah untuk mengambil dompetnya, Cikgu Saari ternampakkan perbuatan itu.  Semasa penyeluk saku hendak turun dengan dompet Norkiah, dia telah dihalang oleh Cikgu Saari dan meminta dompet Norkiah yang diambilnya.

Setelah menumbuk penyeluk saku itu, Cikgu Saari mendapatkan semula dompet yang dicuri lalu diserahkannya kepada Norkiah.  Oleh kerana Norkiah berhasrat untuk pergi ke Zoo Negara tetapi tidak tahu untuk ke sana, Cikgu Saari sanggup menemaninya. Mulai saat itu, kemesraan antara Cikgu Saari dengan Norkiah pun terjalin.  Mereka saling suka menyukai dan saling cinta mencintai.  Cikgu Saari memberitahu Norkiah dia ialah guru sekolah, Norkiah pula tidak menyatakan pekerjaannya (sebagai penari di Silver Tortoise Cabaret) sebaliknya memberitahu sebagai guru "masak-memasak".  Cikgu Saari percaya.

Dalam pada itu, Cikgu Saari dan Norkiah merahsiakan tempat tinggal masing-masing.  Cikgu Saari kata dia tinggal di Jinjang, manakala Norkiah pula beritahu dia tinggal di Kelana Jaya. Walaupun sudah bercinta-cintaan dan bermesra-mesraan (masing-masing tidak tahu siapa "orang sebelah") namun pertengkaran dan perang mulut antara Cikgu Saari dengan Norkiah berterusan malah lebih dasyat lagi.

Oleh kerana mempunyai bakat menyanyi, Norkiah tidak lagi menjadi penari sebaliknya telah dilantik sebagai penyanyi tetap Silver Tortoise Cabaret. Suatu malam, pertengkaran dan perang mulut antara Cikgu Saari dan Norkiah semakin tidak dapat dikawal bila mana Norkiah mengambil langkah drastik menyiram air ke badan Cikgu Saari.  Kerana ingin tahu siapakah "orang sebelah" yang berani menyiramnya hingga basah kuyup itu, dia telah menjengok dari atas dinding.

Tetapi alangkah terperanjatnya Cikgu Saari apabila didapatinya "orang sebelah" yang selalu bertengkar dan berperang mulut dengannya ialah Norkiah yang dicintainya.  Norkiah pun terperanjat juga, dia kemudian meluru masuk ke bilik sebelah apabila Cikgu Saari terpekik kerana terjatuh.  Mereka ketawa gembira.

Dengan tidak membuang masa lagi, Cikgu Saari memecah dinding yang menjadi pemisah antara biliknya dengan bilik Norkiah.  Kepada Mak Minah Cigu Saari memberitahu: "Mulai hari ini kami berdua tak mahu pakai dinding lagi, sebab kami berdua nak kahwin". Setelah tiga bulan berkahwin Cikgu Saari mencadangkan supaya Norkiah berhenti kerja sebab mereka jarang-jarang berjumpa.  "Siang I pergi mengajar, malam U pula pergi mengajar", kata Cikgu Saari.  Norkiah pun bersetuju.  Tetapi apabila perkara tersebut diberitahu kepada pengurusnya hasrat Norkiah terhalang.  Norkiah mempunyai kontrak menyanyi tiga bulan lagi.

Ketika menyanyi di Copacabana Nite Club, Cikgu Saari telah menerima tawaran daripada syarikat "recording" untuk merakamkan lagu-lagu ke piring hitam tetapi dengan syarat Cikgu Saari mesti "combine" dengan penyanyi wanita yang bekerja di Silver Tortoise Cabaret – Norkiah Hanum.  Bila mendengar nama Norkiah Hanum, Cikgu Saari mulai curiga. Cikgu Saari kemudian dibawa ke Silver Tortoise Cabaret untuk melihat dan mendengar Norkiah menyanyi.  Setelah menyanyi alangkah terperanjatnya Norkiah bila mendapati Cikgu Saari berada di hadapannya.

Bermulalah krisis rumahtangga antara Cikgu Saari dan Norkiah.  Rosnah cuba mendamaikan mereka berdua tetapi dengan adanya sikap ego Cikgu Saari menyebabkan usahanya itu gagal.  Lebih memedihkan hati Norkiah apabila Cikgu Saari menyatakan perempuan cabaret "low class". Sungguhpun marah tetapi Cikgu Saari tetap sayangkan Norkiah.  Katanya: "Orang perempuan ni tak boleh kasi muka.  Kita mesti ajar samanya.  Tapi dalam hati tu sayang.  Siapa tak sayang bini oi.  Ek saja mesti lebih".

Oleh kerana tidak tertahan menyaksikan penderitaan yang ditanggung Norkiah dan marahkan Cikgu Saari yang sudah dianggapnya melampau, teman lelaki Rosnah (Rashid, pemain trumpet di Silver Tortoise Cabaret) membuat pelan untuk mengajar Cikgu Saari. Seperti biasa, bila Norkiah pulang ke rumah, Cikgu Saari menunggu di luar bilik pura-pura memeriksa buku murid-muridnya semata-mata ingin memperlihatkan egonya kepada Norkiah.  Tetapi kali ini dia terperanjat besar apabila Norkiah datang bersama Rashid.  Mereka berpura-pura bermesra dan berkasih dihadapan Cikgu Saari selepas itu masuk ke bilik Norkiah.  Cikgu Saari cemburu.

Dengan menggunakan "tape recorder" (pita rakaman) yang dibawa oleh Rosnah, Rashid memainkan pita rakaman itu yang mengandungi suara Rashid dan Norkiah sedang bergurau senda.  Apabila lampu bilik dipadamkan dan suara Rashid dan Norkiah yang sedang bergurau senda bergema Cikgu Saari bertambah resah dan cemburunya semakin menebal.

Disebabkan sudah tidak tertahan lagi, Cikgu Saari menceroboh masuk ke bilik Norkiah.  Apabila didapatinya suara Rashid dan Norkiah bergurau senda itu datangnya dari pita rakaman Cikgu Rashid merasa lega lalu meminta maaf daripada Norkiah atas segala kesalahannya.  Norkiah pun begitu juga meminta maaf daripada Cikgu Saari.  Rashid dan Rosnah gembira kerana pelan damai mereka berjaya.

5 tahun berselang.  Cikgu Saari kini berjawatan Guru Besar.  Rumah pun besar.  Famili juga dah besar.  Kata Cikgu Saari: "5 tahun kahwin 10 anak.  Satu tahun 2, kembar tak berhenti.  Macam padi Malinja".

 
Berita Terkini
Keratan Akhbar
04 Ogos 2009:Utusan Malaysia:Teringin Juga Nak Berlakon Lagi
28 Mei 2009:Berita Harian:Epilog: Sesudah 36 Tahun Pemergian P Ramlee
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD