Sinopsis:
Nina,wartawan muda cerdas dan bercita-cita tinggi, meminati tulisan-tulisan Cik Ida seorang wartawan dan editor. Sebagai wartawan baru di akhbar Harian Nasional, Nina mendapat perhatian ramai. Tetapi sikapnya yang terbuka itu tidak disenangi Razif, wartawan jenayah bersikap 'male chauvinist' yang sentiasa meragui kemampuan wanita. Tetapi dia menaruh hati kepada Nina dan Nina juga tertarik hati dengannya. Nina bertemu kembali sahabat karibny, Michelle. Razif berusaha menyiasat latarbelakang Michelle yang disangkanya terlibat dengan sindiket pelacuran.