Anda berada di : Utama > Filem > Dimensi Cinta


7501 dilihat
Dimensi Cinta
Pengarah : Eddie Pak
Syarikat Penerbit : Sunday To Sunday Services Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2010
Format : 35mm


Pengarah
 
Penulis:
:
(Scriptwriter)
Lakonan:
:
Raja Soffhilea (Pelakon Utama)
:
Imran (Pelakon Utama)
:
Nadzrul (Pelakon Utama)
:
Ridzuan (Pelakon Utama)
:
Isac (Pelakon Utama)
:
Roy (Pelakon Utama)
:
Lydia (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengurus Produksi)
 
Sinopsis:

Selepas penceraian Raja Soffhilea (Raja Soffhie) dengan Redhuan, Raja Soffhie merasakan dirinya bebas dari penjara yang diciptakan Redhuan terhadap diri dan anak-anaknya yang begitu menyeksa batin sehingga meninggalkan kesan fobia dalam menjalani kehidupan harianya.  Kesan itu turut dirasai oleh ke empat-empat anaknya yang seakan melalui mimpi ngeri dalam hidup mereka.  Penceraian itu membuatkan Raja Soffhie menjadi seorang yang lebih kuat dalam membentuk empayar perniagaannya.

Imran (Im) seorang budak kampung, anak penoreh getah tidak menghalang dirinya untuk maju sebagai seorang usahawan stesyen minyak yang berjaya.  Dan kejayaan itu membuatkan Im merasa lebih yakin untuk mengembangkan perniagaannya hingga ke Kuala Lumpur.  Perkenalannya dengan Raja Soffhie, yang juga merupakan rakan kongsinya mengangkatkan lagi martabat Im sebagai usahawan berjaya sebaris dengan usahawan lain.

Raja Soffhie adalah seorang yang berpesonaliti menarik.  Dia begitu menitik-beratkan penerampilan diri dalam membentuk empayar perniagaan batik moden untuk pasaran antarabangsa.  Dalam usaha mempromosikan batik moden ke pasaran lebih luas, Raja Soffhie menganjurkan “BATIK TO THE WORLD” fashion show atas permintaan agen-agen pemasaran luar negara.  Dengan memiliki beberapa orang pereka tempatan terkenal seperti Nazrul, Coco dan Isac menjadikan syarikat batik moden Raja Soffhie ada nilai komersial tersendiri.

Dalam kesibukan Raja Soffhie menguruskan perniagaannya, dia terpaksa menghadkan perhatian terhadap anak-anaknya.  Memandangkan Im yang begitu rapat dengan anak-anak Raja Soffhie, menjadikan Im begitu disenangi dan sikap ambil berat serta penyayang yang ditunjukkan oleh Im terhadap anak-anak Raja Soffhie sehinggakan mereka menganggap Im sebahagian dari hidup mereka.  Sementara itu Hanif, anak Raja Soffhie yang meminati tarian mempunyai impian memiliki studio tarian mendapat dorongan dari Im untuk menyertai persembahan teater muzikal yang dianjurkan oleh persatuan Kelab ARMA (Kelab Artis dan Masyarakat) dengan menganjurkan aktiviti bagi menyampaikan mesej dan membentuk masyarakat.

 
Berita Terkini Lihat Semua
Keratan Akhbar
13 Mac 2010:Harian Metro:Industri Filem Makin Galak
10 November 2009:Utusan Malaysia:Optimis Dua Pendukung Jalang
25 Mei 2009:Utusan Malaysia:Saya Tak Lari
24 Mei 2009:Utusan Malaysia:Kos Hanya Rm1.1 Juta
22 Mei 2009:Berita Harian:'saya Tak Pernah Larikan Diri'
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD