Anda berada di : Utama > Filem > Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib


25108 dilihat
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib
Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 25 Disember 2008
Durasi : 90 min
Audio : Stereo
Format : 35mm


Pengarah
 
Penulis:
:
(Scriptwriter)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Adruce (Pelakon Utama)
:
Erin (Pelakon Utama)
:
Eric (Pelakon Utama)
:
Fatin (Pelakon Utama)
:
Dr. Suzana (Pelakon Pembantu)
:
Cat (Pelakon Pembantu)
:
Kupan (Pelakon Pembantu)
:
Prof. Taib (Pelakon Pembantu)
:
Ayah (Pelakon Pembantu)
:
Emak (Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pembantu Jurukamera)
:
(Pengurus Produksi)
:
(Property Master)
:
(Pereka Bunyi)
:
(Muzik)
:
(Penyunting)
Penerbit:
:
(Penerbit)
Anugerah (Pencalonan):
:
Lagu Tema Asal Terbaik
:
Pereka Kostum / Busana
:
Filem Komedi Terbaik
:
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
 
Sinopsis:
Kisah bermula apabila Dr.Suzana (Sharifah Shaheera) di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron (M. Rajoli) berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat (Cat Farish) dan orang kanannya Kupan (Bob Kuman) telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim (Zul Yahya), pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.

Semasa dalam usaha melarikan diri, Cat dan Kupan bertembung dengan sekatan jalanraya oleh pihak polis. Kupan yang bersifat ‘bodoh-bodoh alang’ telah mencampakkan BS21 ke dalam semak apabila dimarahi Cat. Semasa Adruce (Nik Adruce), anak kepada Hashim dalam perjalanan balik dari sekolah, dia telah menemuinya dan membawa pulang BS21.

Di sekolah, Adruce adalah seorang budak yang kuat berangan dan sering tidur di dalam kelas. Adruce sangat menyukai Erin (Nur Arina), rakan sekelasnya dan mendapat tentangan daripada Eric (Eric), musuh ketat Adruce. Di rumah, Adruce sering tertekan dengan sikap ibunya(Nik Sayyidah) yang kuat membebel.

Sambil membelek-belek BS21 di dalam biliknya, macam-macam perkara difikirkannya tanpa mengetahui kebolehan mesin tersebut. Ibunya tidak berhenti-henti membebel dari luar bilik. Erin yang cantik sentiasa dikenang-kenang dan wajah Eric sentiasa didendaminya.

Keesokan harinya, segala-galanya berubah. Ayahnya telah mengambil sifat-sifat dan kerja-kerja ibunya dan begitulah sebaliknya yang terjadi kepada si ibu. Di sekolah, seperti di alam fantasi, Adruce dilayan seperti raja oleh semua termasuklah oleh Cikgu Bedah (Khatijah Tan); guru yang selalu memarahinya kerana suka tidur di dalam kelas, Eric yang menjadi orang suruhannya dan Erin menjadi seolah-olah puteri yang sentiasa bersama dengan puteranya.

Walaupun Adruce bahagia dilayan sedemikian tetapi dia terpaksa pulihkan keadaan kerana ibu dan ayahnya yang sudah bertukar karakter. Pelbagai usaha dilakukan oleh Adruce dan adiknya Fatin (Fatin Nur Afifah), Erin dan Eric untuk memulihkan keadaan. Tetapi, usaha tersebut bukanlah mudah kerana Cat dan Kupan sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan semula mesin tersebut. Begitu juga Dr. Suzana dan Prof. Taib.

Apakah kesudahannya dan siapakah dalang sebenar-benarnya disebalik huru hara yang berlaku? Segalanya akan disingkap menerusi filem ke 23 Metrowealth (MIG), BS21
 
Berita Terkini Lihat Semua
Keratan Akhbar
24 Disember 2009:Berita Harian:Skim Wajib Tayang Diperketatkan
15 Disember 2009:Berita Harian:Senario Xx Dan Maria Mariana Mengisi Slot Astro Citra
24 Ogos 2009:Kosmo:Risau Peminat Bosan
07 Ogos 2009:Utusan Malaysia:Debaran Filem Terbaik Ffm22
07 Ogos 2009:Harian Metro:Hadziq Tidur Peluk Piala
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Video Terkini
 
 
Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD