|


FFVPM (Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia) atau dikenali sebagai FFPM (Festival Filem Pelajar Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia di peringkat pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Festival tahun ini merupakan yang ke 6 dalam siri FFVPM.
OBJEKTIF
Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada kerja karyawan muda jurusan komunikasi, perfileman, penyiaran dan multimedia di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Ini adalah sebagai usaha mengangkat mutu seni untuk melahirkan karya filem dan video yang kreatif dalam kalangan pelajar, sekali gus melestarikan sinema yang baru. Dengan penganjuran ini, hasil kerja pelajar dapat diiktiraf dan seterusnya diharapkan dapat memajukan industri filem kita pada masa akan datang.
TEMA
Tema FFVPM6 UPM-2008 ialah “MEMPERKASAKAN MODAL INSAN INDUSTRI PERFILEMAN”. Tema ini berhasrat untuk memperkasakan industri perfileman dengan menyediakan pelapis pada peringkat institusi pengajian awam dan swasta di Malaysia bagi tujuan memajukan industri perfileman dan membangunkan modal insan secara profesional, kreatif dan berwawasan.
LOGO
Logo Festival Filem Video Pelajar Malaysia telah direka cipta khas dan dikekalkan sepanjang siri penganjuran festival bermula dari Festival Filem Video Pelajar Malaysia Ke-6 UPM 2008. Ia merupakan sebahagian usaha penjenamaan Festival Filem Video Pelajar Malaysia sebagai medan pengiktirafan karyawan muda filem yang paling unggul dan berprestij.
|