Maklumat Persatuan
Logo  
Alamat  
Tel No  
Faks No  
Emel  
Website  
Tukar Kata Laluan
Nama Pengguna Tetamu
Kata laluan Baru
Taip semula Katalaluan
e-GAFIM

eGAFIM adalah merupakan satu perkhidmatan sistem atas talian yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk Industri Perfileman Malaysia. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses pendaftaran, kemaskini dan penyeragaman maklumat individu yang berdaftar dengan mana-mana persatuan yang berdaftar dengan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Dengan adanya sistem ini, semua maklumat keahlian dapat dikemaskini secara atas talian dengan lebih efektif oleh persatuan-persatuan di bawah gabungan GAFIM. Setiap individu yang terlibat di dalam Industri Perfileman Malaysia juga kini dapat menyemak status keahlian mereka dengan mudah.

Objektif

Berikut adalah objektif dan antara kelebihan sistem ini;

  1. Memudahkan persatuan-persatuan yang berdaftar dengan GAFIM untuk mengurus maklumat keahliannya.
  2. Memudahkan persatuan-persatuan yang berdaftar dengan GAFIM untuk menghebahkan sebarang maklumat dan aktiviti terkininya.
  3. Memudahkan ahli yang berdaftar untuk menyemak status keahliannya.
  4. Memudahkan para penerbit membuat rujukan untuk produksi penerbitannya.
  5. Memudahkan FINAS menyemak dan meluluskan proses permohonan yang berkaitan dengan perlesenan.
Gabungan Persatuan

Berikut adalah persatuan-persatuan yang bergabung di bawah GAFIM;

  • Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)
  • Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA)
  • Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM)
  • Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM)
  • Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN)
  • Persatuan Pengeluar Filem (PFM)
  • Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air, Malaysia (PAPITA)
  • Pertubuhan Animasi Malaysia (ANIMAS)

Dikemaskini Pada 11/05/2011 5:45 PM