Anda berada di : Utama > Direktori Krew Filem > Ali Prop

4233 dilihat
Ali Prop
Nama Penuh : Haffadzi Bin Che Rose
Tempat Lahir : Arau, Perlis
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pengarah Seni, Kartunis, Pereka/Pembuat Kostum, Pereka Produksi, Props Master, Pengkaji, Pereka Set, Penyelaras Kesan Khas


Pengalaman

Lahir 1978 Arau, Perlis. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus UiTM. Mempunyai pengalaman mengajar subjek Seni Arca di Jab. Seni Halus, Fakulti Seni kemanusiaan USM, Pulau Pinang sebelum pembabitan dalam industri Seni, bermula dengan pameran-pameran serta koleksi-koleksi seni, dan seterusnya dalam pembikinan props dan set untuk filem, drama, teater dan lain-lain secara sepenuh masa.

Pengalaman bekerja beliau termasuklah menjadi pengarah seni, pereka/pembuat kostum, pereka produksi, props master, pengkaji, pereka set, dan penyelaras kesan khas.

Karier beliau dalam industri seni bermula dalam bidang teater pada sekitar 2003. Antara pementasan teater anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Akademi Seni Kebangsaan, Istana Budaya dan Kementerian Pertanian Malaysia yang pernah beliau ikuti termasuklah “Pemakan Hati”, “Jamu”, “Demi Zaitun”, “Tari Tani” dimana beliau berfungsi sebagai prop master, prop maker dan Headgear Maker . Beliau juga pernah terlibat dalam pementasan “Puteri Gunung Ledang: The Musical” yang pertama sebagai Assistant Prop Master, serta “M! The Opera”.

Beliau juga menjadi prop maker untuk filem “Kayangan”, “KL Drift” dan yang terkini, “Cuci” yang mana beliau juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kesan khas (letupan) untuk filem tersebut.

Selain teater dan filem, beliau pernah menjadi prop master/maker untuk drama, iklan, konsert dan video klip.

Beliau juga terlibat dalam projek-projek pembikinan mascot dan prop untuk Kementerian Kebudayaan Malaysia apabila kepakaran beliau diperlukan. Penglibatan beliau yang terkini dalam acara berkaitan pelancongan di Malaysia termasuklah Citrawarna '08 di Putrajaya dan Flora Fest '08 di Danga Bay, Johor.

Untuk Citrawarna '08, beliau dipertanggungjawabkan untuk mereka, membina dan menyiapkan orang utan setinggi lebih kurang 10 kaki menggunakan bahan-bahan organik manakala untuk Flora Fest '08 pula, beliau ditugaskan untuk menyediakan alatan yang dibawa oleh kumpulan perarakan termasuklah pepatung dan payung berhias.  Beliau juga ditugaskan untuk menyelia dan memperbaiki mana-mana peralatan yang bermasalah sebelum perarakan berlangsung.

Masa terluang beliau digunakan untuk mengasah kemahiran beliau dalam membuat lukisan-lukisan, arca, dan membuat penyelidikan dan pemerhatian dalam pembikinan filem-filem tempatan antarabangsa.

Projek terbaru setelah bergelar ayah termasuklah membuat replika batu bertikam dan parang terbang untuk sebuah dokumentari.


Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD