Anda berada di : Utama > Artis > Jins Shamsudin

21726 dilihat
Jins Shamsudin
Nama Penuh : YB Senator Datuk(Dr) Haji Jins Shamsudin
Tempat Lahir : Taiping, Perak
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Penulis
Kemahiran : Berlakon


Pengalaman
Beliau di perkenalkan dalam filem oleh P.Ramlee menerusi filem 'Panca Delima' pada tahun 1957. Beliau telah berlakon dalam 52 buah filem yang kesemuanya memegang peranan utama. Mula berpasangan dengan Hashimah Yon dalam filem 'Panca Delima', beliau Kemudiannya di pasangkan dengan beberapa pelakon wanita terkenal dalam filem-filem keluaran Shaw’s Malay Film Production Singapura, termasuklah Sa’adiah, Zaiton, Sarimah dan lain-lain lagi.

Sebagai pelakon yang sering memegang watak utama, beliau mampu memikul apa juga watak, termasuk peranan jahat, berbudi mulia, sebagai raja, orang kaya, miskin, anak derhaka dan lain-lain lagi. Dalam filem 'Samseng' dan 'Si Tanggang', beliau di benci oleh penonton kerana lakonannya yang berkesan. Lakonannya sebagai wira di dalam filem 'Bukit Kepong' amat berkesan dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Sebagai insan yang prihatin dalam kehidupan masyarakat, filem-filem siri “Esok” keluaran, arahan dan lakonannya begitu menonjol dan judul filemnya pula mengandungi simbolik kehidupan manusia. Dan filem-filem dari siri itu memenangi banyak anugerah dalam siri Festival Filem Malaysia, termasuk antaranya memenangi anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik, Lakon Layar terbaik dan lain-lain. Selain kegiatan seni, beliau juga aktif di dalam berpersatuan yang berkait dengan seni, beliau pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).


Lakonan
2008
:
  Akhirat - (Pelakon Utama)
2001
:
  The Deadly Disiple - (Artis Jemputan)
1993
:
  Balada - (Pelakon Pembantu)
1991
:
  Memory - (Pelakon Utama)
1986
:
  Ali Setan - (Pelakon Pembantu)
1982
:
  Esok Untuk Siapa? - (Pelakon Utama)
1982
:
  Bukit Kepong - (Pelakon Utama)
1979
:
  Esok Masih Ada - (Pelakon Utama)
1979
:
  Tiada Esok Bagimu - (Pelakon Utama)
1977
:
  Menanti Hari Esok - (Pelakon Utama)
1969
:
  Di Belakang Tabir - (Pelakon Utama)
1969
:
  Bukan Salah Ibu Mengandung - (Pelakon Utama)
1968
:
  Bayangan Ajal - (Pelakon Utama)
1968
:
  Kanchan Tirana - (Pelakon Utama)
1966
:
  Gerak Kilat - (Pelakon Utama)
1966
:
  Kacha Permata - (Pelakon Utama)
1965
:
  Sayang Si Buta - (Pelakon Utama)
1964
:
  Bidasari - (Pelakon Utama)
1963
:
  Darah Muda - (Pelakon Utama)
1962
:
  Neracha - (Pelakon Utama)
1962
:
  Lubalang Daik - (Pelakon Utama)
1961
:
  Si Tanggang - (Pelakon Utama)
1961
:
  Indera Bangsawan - (Pelakon Utama)
1960
:
  Megat Terawis - (Pelakon Utama)
1960
:
  Lela Manja - (Pelakon Utama)
1959
:
  Dandan Setia - (Pelakon Utama)
1958
:
  Sarjan Hassan - (Pelakon Utama)
1958
:
  Azimat - (Pelakon Pembantu)
1957
:
  Pancha Delima - (Pelakon Utama)
1957
:
  Kaseh Sayang - (Pelakon Utama)
1951
:
  Matahari - (Pelakon Pembantu)

krew Filem
1993
:
  Balada - (Pengarah)
1986
:
  Ali Setan - (Lakon layar)
1986
:
  Ali Setan - (Pengarah)
1986
:
  Ali Setan - (Cerita Asal)
1982
:
  Esok Untuk Siapa? - (Penerbit)
1982
:
  Esok Untuk Siapa? - (Pengarah)
1982
:
  Esok Untuk Siapa? - (Lakon layar)
1982
:
  Bukit Kepong - (Pengarah)
1982
:
  Bukit Kepong - (Penerbit)
1982
:
  Bukit Kepong - (Cerita Asal)
1982
:
  Bukit Kepong - (Lakon layar)
1979
:
  Tiada Esok Bagimu - (Pengarah)
1979
:
  Esok Masih Ada - (Penerbit)
1979
:
  Tiada Esok Bagimu - (Penerbit)
1979
:
  Esok Masih Ada - (Lakon layar)
1979
:
  Tiada Esok Bagimu - (Lakon layar)
1979
:
  Esok Masih Ada - (Pengarah)
1977
:
  Menanti Hari Esok - (Pengarah)
1977
:
  Menanti Hari Esok - (Penerbit)
1977
:
  Menanti Hari Esok - (Lakon layar)
1969
:
  Di Belakang Tabir - (Pengarah)
1969
:
  Bukan Salah Ibu Mengandung - (Pengarah)
1968
:
  Bayangan Ajal - (Sarikata)
1951
:
  Matahari - (Penerbit)

Anugerah
1982
:
  Festival Filem Malaysia ke 3 - Pengarah Terbaik
1982
:
  Festival Filem Malaysia ke 3 - Lakonlayar Terbaik
1980
:
  Festival Filem Malaysia Pertama - Pelakon Lelaki Terbaik
1980
:
  Festival Filem Malaysia Pertama - Pengarah Filem Terbaik

Berita Terkini Lihat Semua
Artikel
07 Mei 2010:Filem Malaysia Dalam Konteks Satu Malaysia
30 April 2010:Sorotan Trend Filem Terbaik
Keratan Akhbar
19 Julai 2010 Berita Harian : Seniman Hargai Jamil Sulong
03 Mei 2010 Utusan Malaysia : Ebby Saiful Terkilan Sikap Tv
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Komen Terkini

"pelakon yang memang hebat."
Oleh kate_66 pada 04 Januari 2008

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD