Anda berada di : Utama > Artis > M. Amin

8741 dilihat
M. Amin
(Telah Meninggal Dunia 08 Januari 2003)
Nama Penuh : Mohamed Amin Bin Haji Iksan
Tempat Lahir : Kampung Benang Panjang, Kuala Kangsar, Perak
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengarah
Kemahiran : Berlakon


Pengalaman
Disebabkan minat yang mendalam pada bidang lakonan, beliau ketika itu, sudah pun bekerja sebagai anggota Polis, rela meletakkan jawatan untuk mengejar cita-citanya walaupun bermula sebagai pelakon tambahan untuk filem Bakti arahan L.Krishnan (1950) di Studio Malay Film Productions (MFP), kepunyaan Shaw Brothers di Singapura.

Dengan pengalaman berlakon dan mengarah lebih 60 judul filem, kebanyakkannya di Studio Cathay Kris, Singapura, nama M.Amin begitu popular. Setelah studio-studio filem di Singapura menghadapi masaalah, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menabur bakti di Studio Merdeka dan kemudiannya di Sabah Film Production. Bakat dan minat juga menjadi punca kejayaan beliau sama ada sebagai pelakon mahupun pengarah. Kerjaya pengarahan bermula sebagai penolong pengarah sebelum duduk di kerusi pengarah. Datuk L.Krishnan yang banyak membantu dan memberi semangat kepada beliau dalam kerja pengarahan filem ini.

Filem pertama arahannya di Cathay Kris ialah filem Lancang Kuning (1962) lakonan Nordin Ahmad, Latifah Omar dan Rose Yatimah. Filem ini mendapat sambutan Box-Office. Filem lakonan terakhir beliau ialah di dalam Filem Paloh terbitan Filem Negara Malaysia dengan kerjasama FINAS. Diarahkan oleh Adman Salleh. Beliau pernah di kurniakan Bintang Kebesaran Persekutuann, Ahli Mangku Negara (AMN). Beliau menghembuskan nafas terakhir beliau pada 8 Januari 2003 di kediaman beliau Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.


Lakonan
2010
:
  Johnny Bikin Filem - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Paloh - (Artis Jemputan)
1998
:
  Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1998
:
  Silat Lagenda - (Pelakon Pembantu)
1964
:
  Wan Perkasa - (Pelakon Utama)
1962
:
  Dang Anom - (Pelakon Utama)
1961
:
  Hang Jebat - (Pelakon Utama)
1961
:
  Siti Zubaidah - (Pelakon Utama)
1961
:
  Sultan Mahmud Mangkat Dijulang - (Pelakon Utama)
1960
:
  Che Mamat Parang Tumpul - (Pelakon Utama)
1959
:
  Raden Mas - (Pelakon Utama)
1959
:
  Rasa Sayang Eh - (Pelakon Utama)
1958
:
  Serangan orang Minyak - (Pelakon Utama)
1958
:
  Selendang Delima - (Pelakon Utama)
1955
:
  Kasih Menumpang - (Pelakon Pembantu)
1952
:
  Antara Senyum Dan Tragis - (Pelakon Pembantu)
1951
:
  Sejoli - (Pelakon Tambahan)
1950
:
  Bakti - (Pelakon Tambahan)

krew Filem
1984
:
  Di Ambang Kasih - (Pengarah)
1984
:
  Di Ambang Kasih - (Cerita Asal)
1984
:
  Di Ambang Kasih - (Lakon layar)
1984
:
  Azura - (Cerita Asal)
1983
:
  Manis-Manis Sayang - (Cerita Asal)
1983
:
  Manis-Manis Sayang - (Lakon layar)
1983
:
  Manis-Manis Sayang - (Pengarah)
1981
:
  Sumpah Semerah Padi - (Pengarah)
1981
:
  Sumpah Semerah Padi - (Cerita Asal)
1981
:
  Sumpah Semerah Padi - (Lakon layar)
1979
:
  Kisah Seorang Biduan - (Cerita Asal)
1979
:
  Kisah Seorang Biduan - (Lakon layar)
1979
:
  Kisah Seorang Biduan - (Pengarah)
1977
:
  Pendekar - (Pengarah)
1977
:
  Pendekar - (Cerita Asal)
1977
:
  Pendekar - (Lakon layar)
1976
:
  Hapuslah Air Matamu - (Lakon layar)
1976
:
  Hapuslah Air Matamu - (Pengarah)
1976
:
  Hapuslah Air Matamu - (Cerita Asal)
1975
:
  Pertiwi - (Pengarah)
1973
:
  Hati Batu - (Pengarah)
1973
:
  Satu Titik Di Garisan - (Pengarah)
1969
:
  Sial Wanita - (Pengarah)
1969
:
  Serikandi - (Pengarah)
1967
:
  Dosa Wanita - (Pengarah)
1966
:
  Dua Kali Lima - (Pengarah)
1966
:
  Gurindam Jiwa - (Pengarah)
1965
:
  Ikan Emas - (Pengarah)
1963
:
  Tajul Ashikin - (Pengarah)
1963
:
  Cucu Datuk Merah - (Pengarah)
1963
:
  Cucu Datuk Merah - (Lakon layar)
1963
:
  Rumah itu Dunia aku - (Pengarah)
1963
:
  Rumah itu Dunia aku - (Lakon layar)
1962
:
  Badang - (Cerita Asal)
1962
:
  Lancang Kuning - (Pengarah)
1961
:
  Hang Jebat - (Lakon layar)

Berita Terkini
Keratan Akhbar
28 Januari 2010 Berita Harian : Epilog: Kenangan Sebagai Murid Anuar Nor Arai
15 Januari 2010 Berita Harian : Karya P Ramlee, Hussain Haniff Di Paris
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD