Anda berada di : Utama > Artis > Amy UK's

2621 dilihat
Amy UK's
Nama Penuh : Azmi Bin Hassan
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Melayu
Kerjaya : Pemuzik, Penyanyi, Pereka Bunyi, Juruteknik Bunyi - Studio, Perakam Bunyi - Lokasi, Penulis
Kemahiran : Main Alat Muzik, Menyanyi


Pengalaman
Bergiat di dalam industri muzik, sewaktu tahun 1995, beliau menyertai kumpulan Ukays sebagai guitarist utama di bawah naungan BMG Records sehingga 1997 apabila kumpulan tersebut berpecah. Pada tahun 1997, beliau pula menyertai kumpulan Utama oleh Ambang Klasik dengan penyanyi utama Rahmat sehingga 1998. Setelah itu beliau sertai kumpulan Okay hingga tahun 2000.

Selepas itu, beliau bekerja dengan Syarikat METROWEALTH Production selama lebih kurang 7 years di bawah bimbingan Encik David Teoh sebagai Artist and Repertoire Executive, Producer, Pegawai Pemasaran, Komposer, Pengarah Muzik Filen, Penulis Lirik dan Arranger.

Kemudian beliau bekerja bersama beberapa syarikat seperti KRU Group, Line Clear Motion Pictures, Sri Saheb Film Production, to Marina Production juga sebagai Pengarah Muzik Filem, Komposer, dan Arranger.

Hasil kerjanya dapat dilihat di dalam filem seperti Tentang Bulan, and Akhirat The Movie (muzik skor), Anak Mami The Movie, Anak Mami Kembali, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Mistik, Jutawan Fakir, Lady Boss, Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Main-main Cinta, Cinta Fotokopi, Bujang Senang, Pensil, Potret Mistik, Tangkai Jering, Otai, Nana Tanjung, Nana Tanjung 2.

Semenjak penglibatannya dari tahun 1995 sehingga tahun 2008 beliau telah menghasilkan sebanyak 200 buah lagu dan lirik, lebih kurang 18 skor muzik filem, siri drama dan telemovie bagi TV3, TV9, TV1, TV2 dan Astro. Projek terbaru beliau menghasilkan lagu bagi iklan seperti, Walls, Power Root, MyCola, MagicTaste, Noraini’s Cookies, Super Best Power dan juga muzik dan kesan efek dan logo bagi METROWEALTH Movie Production, MIG Production dan Sri Saheb Film Production.



krew Filem
2010
:
  Kecoh Betul - (Pereka Bunyi)
2008
:
  Akhirat - (Muzik)
2007
:
  Nana Tanjung 2 - (Pereka Bunyi)
2007
:
  Otai - (Pereka Bunyi)
2007
:
  Kayangan - (Muzik)
2006
:
  Tentang Bulan - (Muzik)
2006
:
  Bujang Senang - (Muzik)
2005
:
  Anak Mami Kembali - (Lagu Tema)
2005
:
  Anak Mami Kembali - (Muzik)
2005
:
  Maaria - (Muzik)
2005
:
  Lady Boss - (Pereka Bunyi)
2005
:
  Cinta Fotokopi - (Pereka Bunyi)
2004
:
  Hingga Hujung Nyawa - (Pereka Bunyi)
2004
:
  Father - (Muzik)
2004
:
  Kuliah Cinta - (Pereka Bunyi)
2003
:
  Jutawan Fakir - (Pereka Bunyi)
2003
:
  Mami Jarum Junior - (Muzik)
2003
:
  Mami Jarum Junior - (Pereka Bunyi)
2003
:
  Mistik - (Pereka Bunyi)
2002
:
  Mami Jarum - (Muzik)
2002
:
  Anak Mami The Movie - (Muzik)

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD