Anda berada di : Utama > Artis > Awal Ashaari

14101 dilihat
Awal Ashaari
Nama Penuh : Ahmad Awaluddin Ashaari
Tempat Lahir : Kampung Baru, Kuala Lumpur
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengacara, Model, Penyanyi, Penulis
Kemahiran : Berlakon, Mengacara, Model, Menyanyi


Pengalaman
Permulaan kerjaya Awal Ashaari bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett advertising dimana beliau berkerja sebagai seorang account executive. Dia kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan dalam tahun 2003. Di masa itu juga buat pertama kali Malaysian Idol diwujudkan dan beliau telah melaykkan dirinya sehingga 30 perserta final.

Dunia pengacaraan beliau kemudian bermula dengan penglibatan beliau didalam Beat TV diikuti dengan pelbagai pengacaraan lain seperti Sesi Teh Tarik F&N, One in a Million, Grand's Finale One In a Million, Sensasi, X-Rel dan Galaksi.

Dalam pada itu dunia lakonan juga telah mula menjadi salah satu kerjaya beliau dengan penglibatan awalnya dalam VCD Jalan Pulang dibawah arahan Erma Fatima. Diikuti dengan beberapa lakonan lain seperti Haryati, Cemburu, Impian Illyana, 3R, Puteri, Seribu Erti, Impian Illyana 2, Misi XX Ray, Cinta Medik dan lain-lain.

Selain dari itu beliau juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan majlis dan juga model jurucakap bagi beberapa produk-produk yang berada di pasaran.

Lakonan
2010
:
  Niyang Rapik - (Pelakon Utama)
2009
:
  Syurga Cinta - (Pelakon Utama)
2009
:
  Maut - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  I'm Not Single - (Pelakon Utama)
2008
:
  Apa Kata Hati - (Pelakon Utama)
2007
:
  Impak Maksima - (Pelakon Utama)
2007
:
  Diva - (Pelakon Utama)

Anugerah (Pencalonan)
2009
:
  Festival Filem Malaysia Ke 22 - Pelakon Lelaki Terbaik

Berita Terkini Lihat Semua
Keratan Akhbar
08 Februari 2010 Utusan Malaysia : Niyang Rapik Bukan Cerita Hantu
08 Februari 2010 Harian Metro : Mengelak Badi Niyang Rapik
 
Galeri terkini Lihat Semua
 
Komen Terkini

"good job."
Oleh adya90 pada 01 Julai 2009


"abg awal ni mmg artis yg srba boleh..cayala bang..sokong abg trs..n smga sakses sllu."
Oleh sissonatasyg pada 23 Julai 2008


"Salam.. Abg ape kabar? Ape citer tbaru abg??? Macamane permulaan abg dlm industri?? Boley cite skit..."
Oleh sYUqRAN pada 20 Mei 2008


"Berbakat dalam bidang pengacaraan dan berlakon"
Oleh im23world pada 25 Disember 2007

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD