Anda berada di : Mengenai SM > Dasar Keselamatan
Dasar Keselamatan

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan Portal Sinema Malaysia serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Kerajaan Malaysia bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Sinema Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

1.penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
2.kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
3.akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
4.kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
5.perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

Pautan

Sinema Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Sinema Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Sinema Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Sinema Malaysia tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan

Sinema Malaysia boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kerajaan Malaysia boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

Sinema Malaysia mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Kerajaan Malaysia mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Sinema Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Sinema Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

PENGURUSAN
Ketua Pengarah
Mohd Mahyidin Mustakim
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Mohd Zulkifli Ab. Wahab
SIDANG EDITORIAL
MAJALAH SINEMA MALAYSIA
Editor
Ruzita Alias
Pereka Grafik
Abdul Aziz Hj. Ahmad Shatar
Jurufoto
Md. Shariff Kailani
Perantara
Maimunah Alias
Pembantu Penerbitan
Rashidah Busrau
SINEMAMALAYSIA.COM.MY
Penulis
Mohd Mahyidin Mustakim
Ruzita Alias
Aimi Jarr
Nor Sazlyzah Abdul Gapoor
Mohd Zamberi A. Malek
Nezam Mustakim
Faizal Fauzi
Hassan Abdul Mutalib
Mohd Fazli Abd. Aziz
Maimunah Alias
Norshilawati Mustakin
Azharul Azmir Kamarulzaman
Mohd Suhairi B. Mat Johor
Akmal Abdullah
Azra' Hannah
Fariza Saidin
A. Wahab Hamzah
Muhamad Saiful Muhammad Omar

Majalah SINEMA MALAYSIA diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Portal SINEMAMALAYSIA.COM.MY dibangunkan oleh I-Insan Multimedia Sdn Bhd

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD