Anda berada di : Mengenai SM > Mengenai SinemaMalaysia.com.my
Mengenai SinemaMalaysia.com.my

PENGENALAN

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengambil langkah proaktif dalam menyediakan data maklumat industri perfileman Malaysia menerusi portal SINEMA MALAYSIA yang boleh dilayari di www.sinemamalaysia.com.my. Pembangunan portal ini adalah selaras dengan keperluan dan perkembangan teknologi komunikasi semasa (ICT). Portal SINEMA MALAYSIA yang disediakan dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) boleh dicapai secara lebih cepat, mudah dan berkesan.

 

KANDUNGAN UTAMA PORTAL

FILEM MALAYSIA

Segmen ini menyediakan berbagai maklumat mengenai sesebuah filem tempatan bermula dari tahun 1930 an hingga kini. Ia merangkumi tahun penerbitan, sinopsis, tenaga produksi, dan pencapaian filem berkenaan. Galeri dan poster juga turut disertakan bagi memudahkan rujukan dibuat oleh pengguna portal. Selain itu, ianya juga membolehkan peminat atau penerbit filem membeli atau menjalankan transaksi perniagaan secara atas talian (online). Dengan menyediakan data penerbit dan sedutan filem, urusan pembelian boleh dijalankan dengan lebih mudah dan cepat. Menerusi portal ini, potensi produk filem tempatan untuk diniagakan di peringkat antarabangsa adalah lebih baik dan cerah.

DIREKTORI FILEM

Segmen ini akan menyenaraikan semua karyawan filem, tenaga produksi serta syarikat di dalam industri perfileman bagi memudahkan para penerbit filem tempatan atau luar negara membuat carian dan seterusnya mendapatkan khidmat mereka.

DIREKTORI ARTIS

Segmen ini khusus memaparkan biodata serta pencapaian artis tempatan. Segala maklumat penglibatan dan pencapaian di dalam dunia seni perfileman akan direkodkan bagi memudahkan para penerbit tempatan, mahupun luar negara untuk membuat carian dan kajian. Segmen ini juga turut memaparkan senarai bakat-bakat baru bersama kemahiran yang mereka miliki. Dengan ini, ianya secara tidak langsung menjadikan SinemaMalaysia.com.my sebagai satu tapak kepada para artis dan juga bakat baru untuk mempertengahkan dan mempromosikan diri masing-masing.

LOKASI FILEM

Pelbagai lokasi menarik yang bersesuaian dengan kehendak produksi boleh dilayari dalam segmen ini. Lokasi perfileman terbahagi kepada beberapa kategori seperti lokasi alam semulajadi, bandar, perkampungan, jalanraya dan lain-lain membolehkan  karyawan filem memilih lokasi secara cepat dan murah.

FORUM

Segmen ini membolehkan pengguna portal menjadi ahli forum yang membincangkan isu-isu semasa berkaitan perfileman Malaysia dan antarabangsa. Pengguna boleh memberi pandangan, maklum balas dan menyumbangkan artikel/tulisan untuk disiarkan di portal. 

 

 

PENGURUSAN
Ketua Pengarah
Mohd Mahyidin Mustakim
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Mohd Zulkifli Ab. Wahab
SIDANG EDITORIAL
MAJALAH SINEMA MALAYSIA
Editor
Ruzita Alias
Pereka Grafik
Abdul Aziz Hj. Ahmad Shatar
Jurufoto
Md. Shariff Kailani
Perantara
Maimunah Alias
Pembantu Penerbitan
Rashidah Busrau
SINEMAMALAYSIA.COM.MY
Penulis
Ahmad Syazli Muhd Khiar
Mohd Mahyidin Mustakim
Ruzita Alias
Aimi Jarr
Nor Sazlyzah Abdul Gapoor
Mohd Zamberi A. Malek
Nezam Mustakim
Faizal Fauzi
Hassan Abdul Mutalib
Mohd Fazli Abd. Aziz
Maimunah Alias
Norshilawati Mustakin
Azharul Azmir Kamarulzaman
Mohd Suhairi B. Mat Johor
Akmal Abdullah
Azra' Hannah
Fariza Saidin
A. Wahab Hamzah
Muhamad Saiful Muhammad Omar

Majalah SINEMA MALAYSIA diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Portal SINEMAMALAYSIA.COM.MY dibangunkan oleh I-Insan Multimedia Sdn Bhd

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD