Sinema Malaysia - Keratan Akhbar
Anda berada di : Utama > Keratan Akhbar > Harian Metro
Keratan Akhbar
 

02 Julai 2009 : Harian Metro

BORAK LOKASI: Ahmad Rusli Terap Konsep Menakutkan

Cabaran besar digalas Pengarah Seninya, Ahmad Rusli Mohd Khadri, 30.

Tugasnya adalah cuba mendapatkan konsep apa yang dimahukan oleh pengarah.

Selain dibantu kumpulan tenaga kreatif, filem bercorak seram itu perlu memberi tumpuan kepada persekitaran menakutkan, apatah lagi apabila ia membabitkan santau.

Biarpun ada yang menganggap kerja pengarah seni remeh namun ia membabitkan banyak pihak.

Bukan saja bergantung kepada kreativiti seseorang, sebaliknya kru produksi yang lain dalam membantu melaksanakan setiap babak yang dirancangkan.

Dia yang berpengalaman dalam menghasilkan beberapa filem seperti JPB, 9 September, Congkak dan I'm Not Single terbitan MIG selain Susuk sudah membabitkan diri sebagai pengarah seni sejak 2001.

"Dalam filem ini pengarah mahukan setiap babak utama perlu menampakkan sesuatu yang menyeramkan dan menjijikkan. Di samping babak lakonan, persekitaran dan keadaan setiap babak itu perlu nampak benar-benar berlaku.

"Bagaimana kami menghias rumah yang dijadikan lokasi penggambaran ini dalam keadaan yang tidak terjaga selain hampir keseluruhan dindingnya dinaiki akar. Di samping penceritaan kepada elemen yang membabitkan Santau, suasana persekitaran juga mempengaruhi perjalanan cerita.

"Apabila membabitkan dunia filem, sebagai individu yang terbabit dalam dunia kreatif kami cuba menjadikan benda yang tidak logik seakan-akan menjadi logik.

"Sebagai contoh dalam JPB yang membabitkan babak makhluk halus dalam botol. Ia seakan-akan kelihatan seperti realiti," katanya.

Dia yang sebelum ini mula membabitkan diri dalam tugasan Props Master mengakui lokasi penggambaran filem itu yang berlangsung di banglo Bukit Tengku, Jalan Johor Selatan Off Jalan Travers, Kuala Lumpur mempunyai tarikan tersendiri kerana kawasan hutan ditumbuhi pokok di samping rumah dengan reka bentuk usang.

Profil Berkaitan

 Ollynn    Jangan Pandang Belakang    Congkak    9 September    MIG Production Sdn. Bhd.    Susuk    Santau  

 

Laman Utama PengumumanArtikelKeratan Akhbar
Mengenai SM Mengenai SMMajalah SINEMA MALAYSIAHubungi KamiDasar KeselamatanDasar Privasi
Filem Senarai FilemArtis Senarai ArtisDirektori Direktori SyarikatDirektori Krew FilemDESTINATION MALAYSIA
Galeri Galeri terkiniKOMUNITI FORUMDaftar MasukDaftar PERCUMA
FESTIVAL Festival Filem MalaysiaFestival Filem Antarabangsa Kuala LumpurFestival Filem & Video Pelajar Malaysia

Penafian : Pihak Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Portal ini dibawakan khas oleh PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)
Disokong oleh KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
Dibangunkan dan diselenggarakan oleh I-INSAN MULTIMEDIA SDN BHD